Pestle & Mortar Clothing (PMC) Lancar Stor ‘Flagship’ Baharu Di APW Bangsar
Butik Pestle & Mortar Clothing ini mempunyai skema warna hitam-putih yang mewakili warna jenama, di samping membenarkan produknya menonjol seperti karya seni.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pestle & Mortar Clothing (PMC) pada Khamis lalu (23 Februari) telah mengadakan majlis pelancaran pembukaan stor ‘flagship’ terbaharu mereka yang terletak di APW (A Place Where), Bangsar.
Team TRP telah berkunjung sendiri ke majlis pembukaan stor baharu PMC dan satu perkataan sahaja yang dapat menjelaskan betapa tertariknya kami dengan konsep yang diketengahkan oleh pihak PMC di butik baharu mereka.
Pendek kata, DOPE!

Stor Flagship Pestle & Mortar Clothing (PMC)
Dengan tingkap berbentuk mikroorganik yang bertaburan di sekeliling fasad untuk mencipta bingkai sempurna untuk cebisan penceritaan jenama, konsep unik PMC Kuala Lumpur direka untuk memberikan pengalaman dari saat pelanggan melangkah masuk.


Kedai ini mempunyai skema warna hitam-putih yang mewakili warna jenama, di samping membenarkan produknya menonjol seperti karya seni.
Untuk mereka yang sukakan stail jenis estetik, anda pasti akan menyukai butik PMC ini!
Butik ini juga bertindak sebagai hab komuniti, di mana PMC akan menempatkan barangan eksklusif dalam kedai seperti Custom Lab mereka dan menganjurkan acara bulanan.
Jenama ini juga sentiasa memperjuang serta menonjolkan bakat tempatan, serta berhasrat menjadikan ruang itu sebagai platform buat personaliti dan jenama lain untuk menganjurkan acara buat komuniti mereka sendiri.
PMC Kini Kembali Di Bangsar Selepas Penutupan Butik Di Jalan Telawi Pada 2018.
PMC IS BACK IN BANGSAR!


Lokasi ini penting kepada PMC kerana ia menandakan kepulangan jenama itu ke Bangsar sejak penutupan butik pertama mereka di jalan Telawi sebelum ini iaitu pada tahun 2018.
APW Bangsar ialah ruang sibuk yang merangkumi gaya hidup PMC dan merupakan tempat di mana salah satu ikonik Smashing Weekends jenama itu yang diadakan pada tahun 2014.


Kami sangat teruja untuk membuka kedai utama kami di APW Bangsar dan menjadi sebahagian daripada ruang dinamik ini yang bergema dengan Homies kami. Jenama ini telah bertahan selama 13 tahun yang lalu kerana cara kami menerima ketidakstabilan dan berkembang, dan PMC KL adalah buktinya. Kami mahu menggunakan ruang ini untuk menyatukan komuniti yang berbeza dan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik untuk semua orang. Selamat datang ke bab seterusnya PMC!
Pengasas Bersama PMC, Hugh Koh.
Untuk rekod, PMC KL terletak di APW Bangsar, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Butik ini juga akan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.
Jangan lupa singgah untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di butik PMC! 😉

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.