Now Reading
dobiQueen Tawar Servis ‘6-Hour Laundry Pick-Up’ Untuk Mudahkan Pelanggan. Siap Hantar Depan Rumah!

dobiQueen Tawar Servis ‘6-Hour Laundry Pick-Up’ Untuk Mudahkan Pelanggan. Siap Hantar Depan Rumah!

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan untuk mengambil pakaian mereka yang dibersih dan dikembalikan semula di hadapan pintu rumah dalam masa enam jam sahaja.

dobiqueen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Benda paling renyah untuk dilakukan adalah membasuh baju kotor setelah seminggu dikumpul.

Kebiasaannya, segelintir individu bekerja akan membasuh baju kotor yang terkumpul pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad.

Walau bagaimanapun, ada juga golongan yang jenis akan membasuh baju setiap dua hingga tiga hari kerana tidak suka apabila baju kotor terkumpul.

Lain orang, lain caranya.


dobiQueen Lancar Servis ‘6-Hour Laundry Pick-Up’

Untuk anda yang mungkin sering mengalami kekangan masa untuk melakukan kerja rumah oleh kerana sibuk dengan aktiviti sosial pada hujung minggu, anda kini boleh mencuba untuk menggunakan servis terbaharu yang diperkenalkan oleh dobiQueen iaitu ‘6-Hour Laundry Pick-Up’.

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan untuk mengambil pakaian mereka yang dibersih dan dikembalikan semula di hadapan pintu rumah dalam masa enam jam sahaja.

Jadi, untuk korang yang tak cukup masa untuk basuh baju, bolehlah cuba.

Kalau nak hantar ke dobi pun tak ada masa, anda juga boleh membuat pilihan untuk pakaian kotor anda diambil di depan pintu rumah dan dihantar kembali di lokasi sama/berbeza mengikut pilihan anda.

Anda boleh berbuat demikian dengan mengisi kesemua butiran menerusi website dobiQueen dan membuat pesanan sebelum jam 12 tengahari untuk baju kotor anda siap dan dikembalikan semula dalam hari yang sama.

Jika anda memesan selepas jam 12 tengahari, baju anda yang telah selesai dibasuh dan dilipat akan dikembalikan semula pada hari berikutnya.

Di dobiQueen, kami sangat menumpukan pada menyelesaikan masalah pelanggan kami, dan kami percaya bahawa mencari penyelesaian sentiasa mungkin. Inovasi lain yang telah kami laksanakan termasuk pemindahan percuma kami dari mesin basuh ke mesin pengering kerana kami mendapati pelanggan kami ingin menjalankan tugas, dan pemindahan setengah jam itu merupakan satu kerumitan yang besar dan sangat mengganggu.

Nini Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama dobiQueen.

Nini dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk mencuba servis 6-Hour Laundry Pick-Up ini kerana ia akan memudahkan proses pembersihan baju kotor anda pada setiap minggu.


dobiQueen Tawar Sabun Basuh Baju Dengan Wangian Minyak Wangi

Sebagai sebuah syarikat yang pertama menyediakan perkhidmatan dobi berbau minyak wangi pada harga yang berpatutan, dobiQueen hanya menggunakan detergen dan pelembut berkualiti tinggi.

Digabungkan dengan mesin basuh bersaiz komersial yang boleh mengendalikan item besar seperti selimut/cadar dan pakaian anda dipastikan dicuci mengikut standard tertinggi.

Selain itu, dobiQueen menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk cuci dan lipat, pemindahan mesin basuh ke pengering dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang dobiQueen, KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd