Now Reading
Watsons Kembali Dengan Kempen K-Beauty Festa “I Got Seoul” Terbesar. Boleh Menang Trip Ke Korea 5H4M!

Watsons Kembali Dengan Kempen K-Beauty Festa “I Got Seoul” Terbesar. Boleh Menang Trip Ke Korea 5H4M!

Untuk peraduan Spend & Win Watsons, Ahli Kelab Watsons perlu membelanjakan RM120 ke atas untuk jenama produk yang mengambil bahagian di kedai & online dalam satu resit.

watsons

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik untuk anda yang meminati produk penjagaan kulit wajah daripada Korea, ataupun lebih dikenali sebagai produk K-Beauty!

Bersempena musim bunga ini, Watsons melancarkan kempen K-Beauty Festa “I Got Seoul” yang pertama dan terbesar dengan kerjasama Korea Tourism Organization dan turut disokong oleh Tourism Organization Malaysia Office.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah diadakan pada hari ini (22 Februari) bertempat di Menara Hap Seng 1, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, dan juga beberapa rakan-rakan selebriti Watsons iaitu Rise Nicotine dan Tara Choi.

Sumber gambar: Siti Murni/TRP
Sumber gambar: Siti Murni/TRP

K-Beauty Festa “I Got Seoul” ini merupakan kempen yang bakal berjalan selama sebulan dan akan berlangsung bermula daripada 23 Februari sehingga 29 Mac 2023.

Kempen ini bertujuan untuk meraikan estetika produk kecantikan Korea yang terdiri daripada kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan juga penjagaan kesihatan.

Dengan trend k-beauty semasa di Malaysia, Watsons Malaysia menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan peminat K-beauty. Ini selaras dengan DNA jenama kami untuk kekal relevan serta bertujuan untuk menjadi peneraju segmen bagi menyediakan pelanggan kami pengalaman Korea sepenuhnya.

Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

Watsons Lancar Kempen Spend & Win. Ahli Kelab Watsons Berpeluang Menang Trip Ke Korea Selatan Selama 5H4M!

Untuk memulakan kempen mega ini, Watsons juga mengumumkan peraduan Spend & Win di mana ahli kelab Watsons berpeluang memenangi perjalanan 5 Hari 4 Malam (5H4M) ke Korea Selatan.

Wow, best kan?! Macam mana nak sertai? Senang sahaja!

Sumber gambar: Siti Murni/TRP

Ahli Kelab Watsons perlu membelanjakan RM120 ke atas untuk jenama produk yang mengambil bahagian di kedai & online dalam satu resit.

Watsons Elite Members pula akan berpeluang memenangi dua (2) kali penyertaan apabila mereka membeli sebanyak RM120 dan ke atas. 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk peraduan ini.

Kempen mega K-Beauty Festa bertujuan untuk memberi ganjaran dan memberikan ahli Watsons Club pengalaman beli-belah baharu dengan tema yang dipilih serta menampilkan jenama merentas kategori berbeza dengan harapan pelanggan akan terus datang kembali.

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

K-Beauty Festa “I Got Seoul” Di Sentul Depot, KL Bermula 16 Hingga 19 Mac 2023!

Sumber gambar: Siti Murni/TRP

Selain itu, bersempena dengan kempen mega ini, pelanggan juga boleh berkunjung ke K-Beauty Festa “I Got Seoul” di Sentul Depot KL bermula dari 16 – 19 Mac 2023!

Anda boleh mengambil bahagian dengan K-brands dan produk melalui pengalaman tawaran, bengkel kecantikan, permainan menyeronokkan, sesi meet & greet, merasai makanan Korea dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd