Now Reading
Manulife Buka Peluang Tenaga Kerja Kepada Gen Z Menerusi Inisiatif Strategik

Manulife Buka Peluang Tenaga Kerja Kepada Gen Z Menerusi Inisiatif Strategik

Manulife mempunyai beberapa inisiatif seperti Akademi Perniagaan Manulife, Kelab Usahawan Muda, dan Model Francais ALC yang menyediakan latihan holistik, bimbingan dan pembangunan kemahiran untuk peluang kerjaya yang lebih lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Manulife Insurance Berhad (Manulife Malaysia), sebuah penyedia insurans kesihatan terkemuka kini sedang mengubah landskap pengambilan ejen dengan beberapa inisiatif strategik untuk menarik generasi profesional insurans yang seterusnya.

Tumpuan mereka kali ini khusus diberikan kepada Gen Z.

Jumlah Golongan Belia Yang Masih ‘Jobless’

Berdasarkan statistik pendapatan di Malaysia, kadar pengangguran dalam kalangan belia Malaysia menimbulkan kebimbangan dengan 10% belia berusia 15-25 tahun – yang membentuk segmen Gen Z masih menganggur iaitu lebih daripada 300,000 individu.

Menyedari hal ini, Manulife berhasrat untuk mencipta peluang dalam ruang insurans di mana terdapat pasaran berpotensi besar dengan hanya 54% rakyat Malaysia mempunyai pelan insurans & takaful.

Bercakap mengenai pengambilan Gen Z, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Manulife Holdings Berhad Vibha Coburn berkata, “Di Manulife, ejen kami adalah rakan kongsi untuk kemajuan. Gen Z adalah segmen yang penting dan sedang berkembang pesat memasuki tenaga kerja dan kami melihat mereka sebagai aset berharga dengan kemahiran dan aspirasi yang selaras dengan tawaran program kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Manulife Holdings Berhad Vibha Coburn.

“Dengan menarik dan mengekalkan bakat Gen Z, kami juga melabur dalam dan memberi kuasa kepada masa depan kami. Kami memahami keperluan dan kehendak mereka dan berusaha untuk membawa mereka masuk untuk masa depan yang lebih baik. Kami ingin memberi mereka kesedaran dan juga memberi mereka peluang untuk memulakan di suatu tempat dengan produk yang mampu milik.

“Inilah yang didorong oleh Manulife,” jelas Vibha.

Inisiatif Manulife

Bukan itu sahaja, untuk terus memacu komitmen dan sokongan mereka dalam pembangunan ejen, Manulife mempunyai beberapa inisiatif seperti Akademi Perniagaan Manulife, Kelab Usahawan Muda, dan Model Francais ALC yang menyediakan latihan holistik, bimbingan dan pembangunan kemahiran untuk peluang kerjaya yang lebih lanjut.

Selain itu, bagi mengintegrasikan generasi masa depan yang celik digital dengan lancar, Manulife juga telah mengubah proses perniagaan mereka secara digital untuk menyediakan kemudahan kepada ejen dan pelanggan.

Manulife Malaysia juga bakal menganjurkan sesi pengambilan pada 25 Mei 2024 di Hotel Saujana KL. Manakala pada 22 Jun 2024 di Johor Bahru. Selain itu, terdapat juga pameran kerjaya pada 8-9 Jun 2024 di Setia Spice Convention, Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd