Now Reading
McDonald’s Malaysia Tarik Semula Saman RM6 Juta Terhadap BDS Malaysia

McDonald’s Malaysia Tarik Semula Saman RM6 Juta Terhadap BDS Malaysia

Pada December 2023, syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd yang memegang lesen McDonald’s di Malaysia telah meminta BDS Malaysia untuk membuat permohonan maaf atas kenyataan berunsur fitnah dan ganti rugi khas sebanyak RM6 juta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (22 Mac) McDonald’s Malaysia mengumumkan pihaknya akan menarik semula saman undang-undang fitnah yang telah difailkan terhadap kumpulan pro-Palestin, Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.

Difahamkan keputusan itu diambil selepas respon positif hasil proses mediasi dilakukan antara McDonald’s Malaysia dan juga BDS Malaysia.

Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan rakan operasi tempatan, Datuk Azmir Jaafar memaklumkan tindakan memfailkan saman undang-undang fitnah jenama berkenaan adalah untuk memastikan kedudukan McDonald’s Malaysia tentang konflik yang berlaku di Timur Tengah secara jelas.

“Dengan hasil positif pengantaraan dan penjelasan yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini, mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” ujarnya, lapor NST.


Kekal teguh dengan pendirian tak sokong atau terlibat dengan peperangan

Kata beliau lagi, pendirian syarikat restoran makanan segera itu teguh dan tidak menyokong atau terlibat di dalam sebarang konflik atau peperangan

“Setelah beroperasi selama lebih empat dekad di Malaysia dan menjadi perniagaan 100% milik Muslim, kami berbangga menjadi ahli masyarakat setempat tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami terhadap ketelusan.”

Jelasnya lagi, McDonald’s juga komited untuk membantu rakyat di Palestin yang terjejas disebabkan konflik yang berlaku dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan menganjurkan aktiviti seperti mengumpul dana untuk terus memberikan bantuan di Gaza.

“Kami berharap keputusan yang dilakukan pada hari ini membolehkan semua pihak maju ke hadapan dan fokus mencari resolusi yang akan menegakkan keadilan,” katanya.

Pada December tahun lalu, syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd yang memegang lesen McDonald’s di Malaysia telah meminta BDS Malaysia untuk membuat permohonan maaf atas kenyataan yang berunsur fitnah dan ganti rugi khas sebanyak RM6 juta.

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih McD, Saman Mereka Jadikan Kami Lebih Terkenal” – BDS Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Isu Boikot, McDonald’s Malaysia Saman BDS Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd