Now Reading
Gara-gara Daun Pelepah Jatuh, Cermin Depan Kereta Tertusuk Hingga Pecah

Gara-gara Daun Pelepah Jatuh, Cermin Depan Kereta Tertusuk Hingga Pecah

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku kerana tiada penumpang mahupun pemandu yang berada di dalam kereta ketika daun pelepah kelapa itu terjatuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kiralah berada di mana-mana sekalipun, kita perlu sentiasa mengingatkan diri agar peka dengan kawasan di sekeliling kerana perkara bahaya boleh berlaku tanpa mengira waktu siang atau malam.

Lebih membimbangkan lagi sekiranya kejadian malang yang berlaku berisiko untuk mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Wanita Maut Selepas Jambatan Kaca Di Indonesia Tiba-tiba Pecah

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Suspek Tikam Wanita Guna Gunting Di Dobi Layan Diri Telah Ditahan Polis

Siapa sangka dalam keadaan tenang, masih ada insiden malang tidak berbau seperti mana yang berlaku di sebuah kawasan tempat letak kereta.


Daun Pelepah Kelapa Tertusuk Cermin Kereta Hingga Pecah

Difahamkan insiden menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian apabila sebahagian daripada keretanya mengalami kerosakan tanpa dijangka.

Memetik laporan Kosmo, bahagian cermin hadapan kereta berkenaan dilaporkan pecah selepas sebatang daun pelepah pokok kelapa terjatuh dan tertusuk hingga ke dalam kenderaan terbabit di bahagian penumpang.

Sumber: Facebook Klang People

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Klang People, kereta jenis Perodua Bezza berwarna kelabu itu ‘ditusuk’ daun pelepah berkenaan yang dianggarkan bersaiz dua meter.

Nasib malang pemandu itu tidak berhenti di situ sahaja kerana pelepah tersebut agak berat dan besar menyebabkan ia sukar untuk dialihkan dari kereta terbabit.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku kerana tiada penumpang mahupun pemandu yang berada di dalam kereta atau kawasan sekitar semasa insiden terjadi.

Sehingga kini, lokasi berlakunya insiden tidak dapat dipastikan.


Netizen Minta Pemilik Kenderaan Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa

Sesetengah netizen yang menonton video insiden berkenaan memberi cadangan supaya pemilik kereta tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menuntut kerugian.

Namun, ada pula netizen yang mempersoalkan sama ada parkir tersebut adalah kawasan yang dikhususkan untuk meletak kenderaan.

Ini kerana sekiranya kereta terbabit diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya, jadi pemilik kenderaan tiada hak untuk menuntut ganti rugi dari pihak berkuasa.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tuntutan Ganti Rugi Di Majlis Perbandaran

Menurut sumber dari laman web Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Insurans Tanggungan Awam (Public Liability) boleh dilakukan merangkumi kecederaan tubuh, penyakit, kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga.

Sebagai contoh, kes tersebut melibatkan:

  • Tuntutan pampasan ke atas kemalangan atau kecederaan yang menimpa pihak ketiga akibat terjatuh lubang jalan di bawah penyelenggaraan Majlis.
  • Tuntutan kerugian oleh pihak ketiga akibat kenderaan atau harta benda dihempap pokok yang diselenggara oleh Majlis.

Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk memproses sesuatu tuntutan?

Setiap tuntutan yang diterima akan dipanjangkan kepada pihak PNSB Insurans Brokers Sdn Bhd selaku syarikat pengendali insurans dan risiko pihak Majlis.

Tempoh masa yang diambil untuk memproses sesuatu tuntutan adalah 2-3 minggu pada tarikh penerimaan setiap kes tertakluk kepada jenis kes dan dokumen yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak PBT di kawasan masing-masing.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd