Now Reading
Kereta Terjunam Dari Tingkat 1 Kawasan Parkir Menara TA One, Pemandu Wanita Cedera Parah

Kereta Terjunam Dari Tingkat 1 Kawasan Parkir Menara TA One, Pemandu Wanita Cedera Parah

Kereta jenis Honda Accord berwarna putih itu telah terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur pada tengah hari tadi (1 Mac).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu kejadian tidak diingini berlaku pada hari ini (1 Mac) melibatkan seorang pemandu wanita berusia 28 tahun apabila kenderaan yang dipandunya terjunam sehingga menyebabkan kemalangan.

Menerusi sumber dari pengguna X (@redzuanNewsMPB), kereta jenis Honda Accord berwarna putih itu telah terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

Susulan insiden terbabit, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima laporan sekitar jam 1:05 tengah hari telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Memetik sumber Kosmo, Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azha Rifin memaklumkan seramai 15 anggota telah dikerah ke kawasan terlibat.

Kereta berkenaan dipercayai telah melanggar tembok penghalang lalu terjatuh dari tingkat satu tempat letak kenderaan bangunan terbabit. Terdapat seorang mangsa wanita mengalami kecederaan di kepala dan lutut.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azha Rifin.
Sumber: Bomba KL

Selain bomba, anggota polis dan pihak ambulans turut berada di lokasi untuk membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dalam gambar yang turut dimuat naik, kelihatan kereta berkenaan berada dalam keadaan terbalik sehingga bahagian atas kenderaan mengalami keremukan dan tingkap kaca juga pecah.

Sumber: Bomba KL

Anggota bomba juga cuba untuk menyemak keadaan kereta mangsa yang masih boleh dimasuki melalui pintu kereta.

Jika dilihat keadan dari kawasan parkir itu pula, kelihatan sebahagian tembok telah rosak selepas dirempuh oleh kereta berkenaan.

Sumber: Bomba KL

Namun sehingga kini, maklumat mengenai mangsa serta puncanya masih belum diketahui.

Siasatan melibatkan punca kejadian dan tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada pihak polis.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd