Now Reading
Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan

Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan

Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa di Genting Highlands, Pahang, sekitar jam 3:30 pagi (12 Februari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, berita melaporkan tentang satu kes di mana membabitkan seorang warga Singapura yang telah terlibat dalam pergaduhan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Muar, Johor.

Kejadian berlaku pada Sabtu (10 Februari) lalu pada jam 1:58 tengahari.

Terbaharu lelaki terbabit, Soh Kian Hui, 45, dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Muar. Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman terhadapnya selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurut pertuduhan, pemandu teksi yang berasal dari Singapura itu didakwa dengan niat memecahkan cermin Toyota Fortuner milik rakyat Malaysia, Khairul Husni Shah Jamil, 31, sehingga menyebabkan jumlah kerugian RM2,502.35.

Untuk makluman, hukuman bagi kesalahan itu adalah tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun ataupun denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki, manakala tertuduh diwakili oleh Norain Sakina Zikri.

Pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah sangat serius. Malah, dalam hujahnya lagi, kejadian tersebut berlaku di lokasi berbahaya dan boleh mencetuskan perkara tidak diingini terhadap pengguna lebuh raya yang lain.

Selepas hujahan kedua-dua belah pihak didengari, mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda dan mengarahkan tertuduh dipenjara untuk tempoh 12 bulan jika gagal membayarnya.


Warga Singapura Buat Hal, Pecahkan Cermin Guna Tongkat Sebab Tak Puas Hati

Memetik laporan Buletin TV3, fakta kes menunjukkan bahawa tertuduh telah bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan tongkat kerana tidak berpuas hati apabila keretanya itu dihalang daripada menggunakan laluan kecemasan.

Sumber: Orang Awam/X

Tertuduh kemudian berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di Genting Highlands, Pahang, sekitar jam 3:30 pagi (12 Februari).

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa pada saat itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer dipandu tertuduh menggunakan laluan kecemasan.

Oleh yang demikian, keadaan mencetuskan pertengkaran dan tertuduh mengetuk cermin kenderaan mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.


Laluan Kecemasan (Emergency Lane): Siapa Yang Boleh Guna?

Contoh manusia yang tak menyabar guna laluan kecemasan.
(Kredit: Paultan)

Jika dilihat kembali, perkara seperti ini sering berlaku di Malaysia.

Yang boleh lalu di laluan/lorong kecemasan adalah kenderaan kecemasan ketika memberi bantuan contohnya ambulans, polis, bomba, dan seangkatan dengannya.

Kalau ada orang nak salurkan bantuan, berilah laluan. Barulah trafik akan ‘smooth’ sampai ke destinasi yang dituju.

Jadi pemandu yang berhemah, OK?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Kini Diburu Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd