Now Reading
WAO Lancar Kempen “We Pledge”, Mahu Tangani Isu Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

WAO Lancar Kempen “We Pledge”, Mahu Tangani Isu Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Melalui kempen “We Pledge”, majikan berupaya membawa perubahan dan peningkatan kepada persekitaran tempat kerja sekaligus memberi impak kepada pemerkasaan ekonomi pekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Syarikat korporat digesa lebih proaktif dalam menangani isu gangguan seksual dan kesaksamaan gender di tempat kerja kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan imej syarikat selain menyumbang kepada peningkatan kes gangguan kesihatan mental, fizikal dan moral.

BACA JUGA: No Texting Colleagues “Dear” And “Sayang” For Civil Servants, It’s Sexual Harassment

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) kini tampil dengan inisiatif mewujudkan kempen “We Pledge” bagi memberi panduan, pengetahuan dan kesedaran kepada majikan serta pekerja dalam menangani isu berkenaan demi kesejahteraan masyarakat.


WAO Pandang Serius Isu Gangguan Seksual

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia, Malaysia kini berada di tempat ke-9 di ASEAN dan di tempat ke-102 daripada 146 negara secara global untuk indeks Jurang Kesamarataan Gender, ia menunjukkan penurunan 0.694 pada tahun 2024 dari 2018 dan memerlukan tindakan segera bagi menanganinya. 

WAO memandang serius isu membabitkan gangguan seksual dan kesamarataan gender kerana ia boleh menjadi penyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara sekaligus menjurus kepada kemiskinan.

Kesan jangka panjang termasuk kerosakan infrastruktur, institusi, kemusnahan aset, pemindahan paksa, peningkatan pengangguran dan inflasi.

Melalui kempen “We Pledge”, majikan berupaya membawa perubahan dan peningkatan kepada persekitaran tempat kerja sekaligus memberi impak kepada pemerkasaan ekonomi pekerja, seiring dengan dasar kerajaan membangun masyarakat Madani dan mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030.

Antara topik melalui kempen “We Pledge” ini adalah tindak balas dan pencegahan keganasan berasaskan jantina, Kesedaran, Kepelbagaian, Kesamarataan, dan Kemasukan (DEI) melalui usaha menangani prasangka gender dan latihan khusus untuk profesional sumber manusia, dan pasukan pengurusan, seiring dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2024, “Libatkan Wanita: Melabur untuk wanita.”


Untuk makluman, WAO adalah antara penggerak Kumpulan Belanjawan Responsif Gender, juga Akta Perlindungan Daripada Pelanggaran Seksual 2022 dan pindaan Akta Pencegahan Keganasan Rumah Tangga 1994.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd