Now Reading
Isu Air Di UMS Akan Selesai Paling Lewat Mac Ini – Menteri Pendidikan Tinggi

Isu Air Di UMS Akan Selesai Paling Lewat Mac Ini – Menteri Pendidikan Tinggi

Menurut Zambry Kadir, kerja-kerja pembinaan telaga tiub sedang dilaksanakan di UMS bagi membendung isu air yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada dalam zaman belajar, pasti pelbagai cabaran dan rintangan akan dilalui oleh para pelajar.

Bukan sahaja stres dari segi pelajaran, malah kerosakan fasaliti kampus yang memberi kemudaratan kepada rutin harian juga akan menimbulkan bebanan kepada golongan tersebut.

Itu yang dilalui pelajar Universiti Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak beberapa tahun lalu yang mana mereka mengalami kesukaran mendapatkan sumber air di kampus itu.


Isu Air Di UMS Akan Selesai Selewat-lewatnya Mac Ini

Hari ini (16 Januari), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pihak mereka akan menyelesaikan isu masalah air yang memudaratkan pelajar UMS selewat-lewatnya pada bulan Mac akan datang.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, jaminan itu diberikan oleh pihak pengurusan universiti berkenaan selepas mengemukakan rancangan untuk menyelesaikan isu yang membelenggu pelajar.

“Saya mahu ia diselesaikan pada kadar segera dan di pihak kerajaan negeri saya faham, mereka perlukan masa untuk memasang fasiliti yang diperlukan. Namun di pihak universiti, saya tidak mahu memberi tempoh tertentu, tetapi tidaklah sampai setahun untuk diselesaikan kerana ia terlalu panjang.

“UMS telah memaklumkan untuk menyelesaikan masalah air itu dalam tempoh sehingga Mac, justeru saya mahu lihat tindakan lanjut apa yang mereka laksanakan,” kata beliau.


Telaga Tiub Dibina Untuk Selesaikan Isu Air Di UMS

Memetik Sinar Harian, kerja-kerja pembinaan telaga tiub sedang dilaksanakan di UMS bagi membanteras masalah tersebut.

Setakat ini, pihak KPT dimaklumkan bahawa projek itu kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa kawasan dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai sumber air.

“UMS memerlukan kira-kira lima ke lapan juta liter bekalan air sehari. Keperluan untuk dapatkan telaga tiub ini sebagai tambahan bagi membantu sebanyak 30% (daripada jumlah keseluruhan keperluan air di UMS).

“Nak kata (masalah air dapat) selesai (secara) keseluruhan, ia perlu campur tangan daripada kerajaan negeri Sabah,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Zambry turut memberi peringatan kepada pengurusan universiti itu untuk sentiasa cakna tentang sebarang masalah yang dilaporkan berlaku di sana kerana ia membabitkan kebajikan para pelajar.

“Saya tahu mereka menghadapi masalah yang besar dan berpanjangan sejak 2021. Seharusnya universiti menjadikan ia (masalah air) keutamaan. Alasan seperti tidak ada peruntukan dan sebagainya tidak timbul kerana ia boleh dibincang serta dimaklumkan kepada kerajaan untuk diselesaikan.

“Saya elak untuk letak tuduhan dan menyalahkan. Saya nak supaya kita bekerja untuk selesaikan masalah,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak enam telaga tiub dibina menggunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun 2023.


Dr Zambry Simpati Terhadap Nasib Dilalui Pelajar UMS

Sementara itu, Dr Zambry turut menzahirkan perasaan simpati terhadap pelajar yang dikatakan tidak mandi semasa menyambut kehadirannya di UMS pada 8 Januari lalu akibat masalah air.

Pada hari tersebut, sekumpulan pelajar telah memaparkan kadbod meluahkan kesusahan yang dihadapi ketika menuntut di kampus berkenaan.

Difahamkan, mereka juga sempat menyanyikan sebuah lagu sebagai tanda mohon maaf kepada Dr Zambry kerana tidak berkesempatan untuk mandi sebelum berjumpa dengan beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Realistik & Mudah Dilaksanakan” – Manifesto Calon MPP Beri Deodorant Untuk Pelajar Badan Berbau Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd