Now Reading
3 Individu Di Taiwan Dikejar Ke Hospital Lepas Makan Kapsul Laundry Yang Disangka Gula-gula

3 Individu Di Taiwan Dikejar Ke Hospital Lepas Makan Kapsul Laundry Yang Disangka Gula-gula

Tiga orang mangsa yang dirawat di Hospital Erlin Christian, Changhua, Taiwan itu dilaporkan mengalami Lavage Gastrik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemberian ‘freebies’ kepada individu yang menghadiri sesuatu majlis bukanlah satu benda yang janggal.

Namun, pemberian cenderamata di sebuah majlis di Taiwan membawa padah kerana penerima dilaporkan terlibat dengan masalah kesihatan selepas memakannya.

Dilaporkan tiga orang individu telah dimasukkan ke Hospital Erlin Christian, Changhua, bagi mendapatkan rawatan selepas tersilap makan kapsul pencuci kain yang berwarna-warni.

Difahamkan sebanyak 460,000 pod sabun pencuci kain diberikan sebagai freebies untuk kempen larian pilihan raya di daerah berkenaan.

Pod yang diisi dengan cecair berwarna merah dan hijau itu tersedia dalam pembungkusan lutsinar berserta gambar calon Parti Nasionalis Hou Yu-ih dan pasangannya.

Bungkusan pod itu juga dilabel sebagai ‘laundry balls’ dan disertakan sekali dengan arahan penggunaan iaitu, “Satu kapsul boleh mencuci lapan kilogram pakaian.”

Malah, seorang pengguna laman Facebook turut mengingatkan orang ramai yang mendapat kapsul itu bahawa ianya bukanlah manisan gula-gula selepas tiga individu berkenaan menjadi mangsa.

Sumber: Facebook

Mangsa Fikir Kapsul Pencuci Kain Adalah Gula-gula

Untuk makluman, mangsa yang dimasukkan ke hospital termasuklah seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun dan seorang wanita berumur 86 tahun. Mereka bagaimanapun telah dikeluarkan selepas perut yang sakit kembali pulih akibat Lavage Gastrik.

Menurut salah seorang mangsa, dia menyangka bahawa kapsul yang diterima adalah gula-gula, lapor Central News Agency.

Sumber: Focus Taiwan

Pihak Terlibat Mohon Maaf Kepada Semua Mangsa

Susulan insiden malang itu, seorang pemimpin parti Hung Jung-chang, telah memohon maaf pada Sabtu lalu (6 Januari) atas insiden yang dilalui mangsa.

“Dalam lawatan rumah ke rumah seterusnya, kami tidak akan mengedarkan bahan kempen seperti ini.

“Kami juga akan menekankan kepada penduduk kampung melalui organisasi bahawa ianya adalah ‘laundry balls’ dan bukan gula-gula,” jelasnya.

Sementara itu, seorang doktor di Jabatan Gastroenterologi Hospital Tucheng Perbandaran New Taipei, Su Ming-yao berkata pod dobi mengandungi surfaktan yang boleh menyebabkan haba keluar sebaik sahaja memasuki perut.

Jelasnya, individu yang termakan pod pencuci kain itu berkemungkinan mengalami sakit perut, rasa terbakar serta sendawa. Bahkan, mereka juga berisiko batuk darah jika bahan kimia di dalam kapsul itu membakar lapisan perut mereka.

Oleh disebabkan itu, orang ramai harus mendapatkan nasihat perubatan dengan kadar segera jika mereka termakan ‘laundry pod’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd