Now Reading
Rizalman Derma Lebih RM300 Ribu Kepada UKM Bagi Naik Taraf Fasiliti Pelajar

Rizalman Derma Lebih RM300 Ribu Kepada UKM Bagi Naik Taraf Fasiliti Pelajar

Sumbangan berbentuk tajaan itu diberikan kepada Fakulti Pengajian Islam, UKM menerusi wadah (saluran) Dar Al-Qari Resources miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sifat menolong dan membantu lebih-lebih lagi buat mereka yang dalam kesusahan amatlah dituntut agama Islam.

Anda tidak akan rugi pun kalau berbuat sedemikian. Malah akan diberikan ganjaran pahala serta digandakan sumber rezeki jika mengamalkan konsep bersedekah.

Seperti semalam (12 Disember), bekas pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim telah menghulurkan sumbangan yang lumayan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Rizalman Sumbang Lebih RM300 Ribu Kepada UKM

Jumlah sumbangan yang didermakan kepada Fakulti Pengajian Islam universiti tersebut adalah sebanyak RM367,935.

Dana tersebut diberikan menerusi wadah (saluran) Dar Al-Qari Resources dalam beberapa bentuk tajaan kepada pihak fakulti seperti pembiayaan menaik taraf ruangan pembelajaran Makmal Al-Quran Al-Qari.

Selain itu, sumbangan berkenaan juga termasuklah untuk membiayai biasiswa pengajian dan hadiah kecemerlangan graduan pengajian sarjana serta doktor falsafah.

Menurut Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM Prof Datuk Dr Wan Kamal Mujani, kerjasama strategik itu dirasmikan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak.

“Bagi pihak UKM, kami rasa bertuah kerana menerima dukungan dan kerjasama daripada Yayasan RI melalui Dar Al-Qari Resources yang memberi beberapa bentuk tajaan kepada pihak fakulti.

“Pihak Yayasan RI juga bersetuju memberikan penajaan geran bernilai RM100,000 bagi penyelidik Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah bagi menjalankan penyelidikan berimpak kepada masyarakat khususnya dalam mendokong matlamat yayasan memartabatkan Islam melalui pendidikan al-Quran,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sumbangan Dana Mampu Naik Taraf Fasiliti Di Fakulti

Daripada hasil sumbangan disalurkan, sejumlah RM210,000 diperuntukkan bagi menaik taraf ruang pembelajaran Makmal Al-Quran Al-Qari dan RM47,935 untuk biasiswa pengajian kepada pelajar pengajian sarjana serta doktor falsafah.

Manakala sebanyak RM10,000 adalah untuk hadiah kecemerlangan graduan pengajian sarjana dan doktor falsafah selama lima tahun.

Dalam pada itu, pensyarah fakulti tersebut Dr Najah Nadiah Amran menjelaskan bahawa makmal yang ditubuhkan sejak tahun 1990-an merupakan ruang disediakan buat pelajar mendaftar dalam pengajian al-Quran, pembelajaran hadis, qiraat dan tahfiz.

Melalui pemberian bantuan daripada Rizalman, fasiliti sedia ada boleh ditambah baik agar ruang buat para pelajar menjadi lebih nyaman dan selesa.

“Setiap minggu, seramai 400 pelajar akan dapat memanfaatkan makmal ini. Pelajar perlu membawa peralatan sendiri dan mengaplikasikan pengajian secara dalam talian.

“Dengan kewujudkan platform ChatGPT, pelajar berpeluang mengenal pasti kesahihan sesebuah hadis. Silibus pembelajaran juga menetapkan pelajar perlu menghafal empat juzuk al-Quran,” ujarnya.


Rizalman Adalah Pengasas Yayasan RI & Dar Al-Qari

Untuk pengetahuan semua, Rizalman merupakan pengasas Yayasan RI dan pusat pengajian Dar Al-Qari.

Dar Al-Qari ditubuhkan khusus buat masyarakat setempat terutamanya golongan dewasa yang sudah terlepas mendalami al-Quran.

Menerusi pusat pengajian itu, anda akan berpeluang untuk mempelajari kitab suci Allah SWT dengan lebih terperinci.

Buat anda yang berminat, syarat umur minimum untuk menyertai pusat pengajian itu adalah 18 tahun dan ke atas.

Tempoh pengajian Dar Al-Qari pula bergantung kepada silibus yang diambil serta kemampuan pelajar dalam mempelajarai al-Quran.

Sumber: Dar Al-Qari

Baca Artikel Berkaitan: Rizalman Luah Rasa Syukur, Pendaftaran Yayasan RI Diluluskan

Baca Artikel Berkaitan: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Baca Artikel Berkaitan: “Disini Bukan Lagi Panggung” Buang Semua Posting Di IG, Datuk Rizalman Akui Dah ‘Berubah’?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd