Now Reading
Iron Dome Israel Gagal Berfungsi, U-Turn Di Udara & ‘Landed’ Di Hospital Israel Wilayah Tel Aviv

Iron Dome Israel Gagal Berfungsi, U-Turn Di Udara & ‘Landed’ Di Hospital Israel Wilayah Tel Aviv

Sistem Iron Dome adalah sistem pertahanan yang dibangunkan oleh Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah video yang tular di media sosial semalam (6 November) menunjukkan salah satu peluru berpandu Iron Dome mengalami kerosakan dan berpatah balik ke arah menuju kawasan penduduk penempatan di Rishon LeZion di selatan Tel Aviv.

Lebih ironik, selepas mengebom Hospital Baptis Al-Ahli awal bulan ini di Gaza hingga mengakibatkan hampir 500 orang awam terbunuh, penduduk Israel bagaimanapun mendakwa bahawa pembunuhan tersebut terjadi akibat roket Palestin yang ‘tersasar’.


Kawasan Sderot Di Israel Tidak Dilindungi Oleh Iron Dome

Pada awal hari ini, Saluran Israel 13 melaporkan bahawa Iron Dome tidak berkesan melawan roket tentera Lebanon kerana masa tindak balas yang sangat singkat -sehingga roket ditembak dari selatan Lebanon ke Kiryat Shmona yang terletak agak dekat.

Selain itu, pada awal minggu ini, wartawan Israeli dari i24 melaporkan bahawa Sderot tidak akan lagi dilindungi oleh sistem Iron Dome.

Wartawan yang tiba di penempatan pendudukan kurang dari satu kilometer dari Jalur Gaza mengatakan bahawa kini bandar tersebut telah menjadi ‘bandar hantu’.

Dia turut melaporkan pasukan Israel memberitahu krew i24 bahawa bandar tersebut tidak akan lagi dilindungi oleh bateri Iron Dome untuk mengekalkan penangkap roket itu bagi kawasan-kawasan tertentu.


Apa Itu Sistem Iron Dome Milik IDF & Bagaimana Cara Ianya Berfungsi?

Memetik laporan Al-Jazeera, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden baru-baru ini mengumumkan bahawa pentadbirannya telah mula menghantar bantuan tentera tambahan ke Israel termasuk penangkap roket untuk memulihkan sistem pertahanan Iron Dome.

Selama bertahun-tahun, Israel telah bergantung sepenuhnya kepada sistem Iron Dome untuk mengesan roket yang datang dalam serangan oleh Hamas dan kemudian ‘menangkap’ roket-roket tersebut.

Sistem Iron Dome adalah sistem pertahanan yang dibangunkan oleh Israel.

Ia direka untuk mengesan roket yang dilancarkan, mengira laluan roket tersebut, dan menangkapnya.

Bagaimana Cara Iron Dome Berfungsi?

  1. Pengesanan Radar: Sistem ini dilengkapi dengan radar yang mengesan roket yang dilancarkan. Ia mengukur kelajuan mereka dan menentukan arah perjalanan.
  2. Penilaian Ancaman: Pusat kawalan menganalisis data untuk menentukan sama ada roket itu membahayakan bandar-bandar Israel atau tidak.
  3. Decision-Making: Jika roket dinilai sebagai ancaman, sistem akan mengambil tindakan untuk menangkapnya. Jika tidak, roket dibiarkan mendarat di kawasan yang tidak didiami.
  4. Penangkapan Roket: Jika roket dianggap sebagai ancaman, unit tembakan peluru diaktifkan. Ia melancarkan peluru penangkap untuk menyerang dan memusnahkan roket yang dilesakkan.
  5. Peluru Penangkap: Setiap pelancar dilengkapi dengan satu set peluru penangkap. Dalam kes Iron Dome, sebuah pelancar biasanya mengandungi 20 peluru penangkap.
Sumber: Al-Jazeera

Pada awalnya, Iron Dome direka untuk menyediakan perlindungan untuk bandar-bandar terhadap roket dengan jangkauan antara 4 hingga 70 kilometer (kira-kira 2.5 hingga 43 batu).


Kenapa Wujudnya Iron Dome?

Sistem ini dibangunkan oleh syarikat teknologi pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems. Projek ini diperolehi hasil sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS) dalam bentuk pemberian sebanyak $200 juta (RM 948,299,800).

Projek ini dibangunkan untuk menangani serangan roket semasa peperangan dengan Hezbollah pada tahun 2006. Ia mula beroperasi pada 2011.

Satu versi marin dari Iron Dome telah dikerahkan pada tahun 2017 bertujuan untuk melindungi kapal dan aset-aset berasaskan laut.

Sistem-sistem pencegahan Israel memerlukan belanja antara puluhan ribu hingga berjuta-juta dolar untuk menembak jatuh roket.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd