Now Reading
“Kita Perlu Orang Yang Bagus Untuk Memimpin” – TMJ Dedah Rahsia Di Sebalik Pelantikan KJ

“Kita Perlu Orang Yang Bagus Untuk Memimpin” – TMJ Dedah Rahsia Di Sebalik Pelantikan KJ

Menurut TMJ, baginda dan KJ mempunyai talian persahabatan yang erat selain TMJ mempunyai latar belakang sebagai askar tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra digelar TMJ telah dijemput dalam satu temu bual di laman YouTube.

Rancangan temu bual yang dikenali sebagai ‘Keluar Sekejap’ itu dikendalikan oleh dua bekas ahli parti UMNO iaitu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Semasa temu bual, TMJ mendedahkan bahawa pelantikan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penasihat Belia Johor adalah kerana potensi yang ada padanya.

Menurut baginda, pelantikan itu juga dibuat supaya bekas Ahli Parlimen Rembau itu sentiasa relevan dalam apa juga platform bersama rakyat.

“Ini cara saya untuk menunjukkan sokongan, dan saya juga tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan oleh parti tersebut (memecat KJ).

“Kita memerlukan orang yang ‘bagus’ untuk memimpin negara terutamanya dalam keadaan sekarang. Ini adalah sebahagian daripada sokongan saya,” kata Baginda.


TMJ & KJ Ada Talian Persahabatan Yang Erat

Menurut Tunku Ismail lagi, baginda dengan KJ juga mempunyai talian persahabatan yang erat selain TMJ yang mempunyai latar belakang sebagai askar tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang.

“Prinsip saya, apabila berkawan saya tidak akan tinggal individu di belakang saya. Apabila anda berkawan dengan saya, jika anda dalam kesusahan saya akan berada bersama anda. Itu saya punya sikap.

“Dalam apa jua keadaan sama ada baik atau buruk, anda tetap kawan saya dan itu adalah cara saya,” titah baginda lagi.

Tonton video penuh di YouTube:

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan itu telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu dimaklumkan oleh kelab berkenaan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd