Now Reading
[Terkini] Status Kerja Penambahbaikan Di Loji Rawatan Air Berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Sungai Selangor

[Terkini] Status Kerja Penambahbaikan Di Loji Rawatan Air Berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Sungai Selangor

Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah siap dilaksanakan namun terdapat kesulitan teknikal di lapangan dan pihak Air Selangor masih sedang menyelesaikannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan  berkenaan status terkini kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset  di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.


Loji Rawatan Air Sungai Langat

Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah siap dilaksanakan. Walaupun begitu, terdapat sedikit kesulitan teknikal di lapangan dan pihak Air Selangor masih sedang menyelesaikannya.

Namun begitu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna. 

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis).


Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang

Berkenaan status terkini gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pula, sehingga jam 6:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas telah mencapai 67.0%.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis).


Biarkan Pili Air Terbuka Hingga Air Jernih

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah/akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan  menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi https://waterupdates.airselangor.com/ atau layari https://www.airselangor.com/. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd