Now Reading
Rotary Club of HartaMas Umum Inisiatif Amal Buat Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Rotary Club of HartaMas Umum Inisiatif Amal Buat Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Tahun ini Rotary Club of HartaMas memulakan misi untuk menaja 100 orang kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua NGO iaitu Yayasan Sunbeams Homes dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas KL.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 9 Oktober lalu, Rotary Club of HartaMas, salah sebuah kelab yang bernaung di bawah organisasi global Rotary International, mengumumkan inisiatif amal bagi mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada Majlis Pelantikan Rasmi dan ulangtahun kali ketiga kelab itu.

Majlis telah berlangsung di Galeri KL Wellness City dan dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, seorang tokoh dari kerabat Diraja Selangor, sebagai simbolik kepada dedikasi kelab tersebut terhadap kerja-kerja khidmat kemasyarakatan dan komitmen dalam memartabatkan nasib golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Majlis Pelantikan Rasmi yang merupakan sebuah acara tahunan bagi meraikan pelantikan lembaga pengarah baharu Rotary Club of HartaMas mengangkat tema unik bagi menjadikannya sebuah acara yang diingati dan bermakna.


Rotary Club of Hartamas Taja 100 Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Pada tahun ini, Rotary Club of HartaMas memulakan misi untuk menaja 100 orang kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua NGO iaitu Yayasan Sunbeams Homes dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas KL.

Kanak-kanak tersebut dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keraian istimewa yang dirancang khusus untuk membawa kegembiraan dan keseronokan dalam hidup mereka.

Semua jualan tiket daripada acara ini (yang berharga RM130 bagi seorang dewasa dan RM65 bagi kanak-kanak) akan disalurkan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik bagi menyokong aspek pendidikan dan kesejahteraan mereka.


Brighter Future

Inisiatif tersebut turut menzahirkan komitmen kelab dalam memupuk masa depan lebih cerah dan memastikan mereka mempunyai akses kepada bahan pembelajaran dan persekolahan, menawarkan kelas tuisyen, mengadakan bengkel pendidikan, serta mewujudkan kerjasama dengan rumah anak yatim untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang keperluan mereka. 

Majlis Pelantikan Rasmi Rotary Club of HartaMas menandakan permulaan misi penting untuk menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, selaras dengan komitmen global Rotary International bagi memajukan aspek pendidikan menerusi biasiswa, derma dan projek khidmat masyarakat. Kami menyedari bahawa tanggungjawab bersama kita sebagai sebuah komuniti turut merangkumi usaha untuk menaikkan semangat mereka yang mungkin telah lama ketinggalan. Komitmen kami untuk menaja 100 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada Majlis Pelantikan Rasmi tahunan ini ialah bukti dedikasi kami dalam mencetuskan perubahan yang positif.

Pengarah Vokasional & Khidmat Masyarakat Rotary Club of HartaMas merangkap pengasas VV Consulting Group (VVCG), Vaishana Vasuthavan.

Majlis Rotary Club of HartaMas Rai Para Tetamu

Majlis Pelantikan Rasmi Rotary Club of HartaMas merupakan sebuah acara yang menggembirakan dan meraikan pertautan hati antara semua hadirin.

Tetamu majlis berpeluang menjamu selera dengan hidangan bufet lazat daripada barisan trak makanan, menikmati persembahan hiburan kugiran secara langsung, turut serta dalam permainan kanak-kanak, dan beramah mesra dengan maskot.

Ahli lembaga pengarah turut menjadikan majlis lebih signifikan menerusi penyampaian hidangan tajaan kepada kanak-kanak, sekaligus mengukuhkan hubungan yang terjalin dan mencipta memori bermakna.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd