Now Reading
“Malam Penuh Pantun” – Bank Simpanan Nasional & DBP Anjur Pertandingan Pantun Lakon 2023

“Malam Penuh Pantun” – Bank Simpanan Nasional & DBP Anjur Pertandingan Pantun Lakon 2023

Juara untuk edisi Pertandingan Panton Lakon BSN & DBP 2023 telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500, manakala Naib Juara menerima RM2,500 dan tempat ketiga menerima RM1,500.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (10 Oktober), Bank Simpanan Nasional (BSN) buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Pertandingan Pantun Lakon BSN & DBP 2023

Ya, pantun dan lakon. Bunyi macam susah je, kan?

Ini kerana pertandingan berkenaan menggabungkan elemen melafazkan pantun serta persembahan lakonan dalam masa yang sama.


Peserta Peringkat Akhir: Pertandingan Pantun Lakon BSN & DBP 2023

Untuk makluman, peringkat saringan pertandingan ini telah berlangsung pada 1-31 Ogos 2023 secara dalam talian melalui medium media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok. Sebanyak 48 penyertaan telah diterima, dan enam (6) peserta terbaik telah terpilih untuk ke peringkat akhir.

Manakala pertandingan Akhir Pantun Lakon 2023 telah berlangsung secara bersemuka di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP pada 10 Oktober 2023.

Peserta telah bertanding secara berpasukan dan akan melalui 3 pusingan pertandingan yang diberikan latar tempat yang berbeza iaitu:

  • Wisma DBP
  • Wisma BSN
  • Dataran Merdeka.

Juara untuk edisi Pertandingan Pantun Lakon BSN & DBP 2023 telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500, manakala Naib Juara menerima RM2,500 dan tempat ketiga menerima RM1,500. Hadiah untuk tiga tempat sagu hati pula berjumlah RM500 setiap seorang.

Selain itu, pemantun terbaik juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan persembahan lakon terbaik menerima wang tunai sebanyak RM500.


Jadi, Siapakah Gerangan Pemenang Untuk Pantun Lakon 2023 Ini?

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Tak kering gusi juga kami semalam masa menonton persembahan mereka.

Kesemua mereka memiliki bakat tersendiri yang ditonjolkan pada malam itu. Namun, apa jua keputusan adalah di atas tangan pihak para juri juga.

Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Pantun Lakon BSN & DBP 2023 kali ini jatuh kepada:

  1. JUARA: Mohamad Syafeq Zainal Amin.
  2. NAIB JUARA: Noraznie Syakirah Mohd Nor.
  3. TEMPAT KETIGA: Muhammad Shamsuri Hisham.
  4. SAGU HATI: Muhammad Hanif Haikal Kamaruzzaman.
  5. SAGU HATI: Muhammad Ikhwan Hakimi Mohd Yusof.
  6. PANTUN TERBAIK: Noraznie Syakirah Mohd Nor.
  7. LAKON TERBAIK: Mohamad Syafeq Zainal Amin.

Tahniah kami ucapkan buat para pemenang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd