Now Reading
Dilaporkan Selamat Selepas Hilang Ketika COD Telefon, Polis Minta Daniel Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

Dilaporkan Selamat Selepas Hilang Ketika COD Telefon, Polis Minta Daniel Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

Sebelum ini, Daniel didakwa telah membuat panggilan video kepada tunangnya dan meminta pertolongan selain turut dilihat berlari dan menangis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Jumaat lalu, tular satu hantaran berhubung seorang lelaki yang didakwa hilang selepas membuat penghantaran telefon pintar pada 3 Oktober lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudari lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Eyraswan Ramadhan di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan mendakwa anak saudaranya, Muhammad Daniel Haikal berusia 27 tahun sebelum hilang ada menghubungi tunang memaklumkan keadaan dirinya.

Dalam rakaman panggilan video terbabit kelihatan dia menangis sambil berlari untuk mencari jalan keluar serta meminta tolong menyelamatkan dirinya.

Baca juga: Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Ibu saudara maklum mangsa dah dijumpai

Walau bagaimanapun pada 7 Oktober, Eyraswan sekali lagi memuat naik satu hantaran bagi memaklumkan Daniel telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai termasuk pihak berkuasa yang telah membantu untuk mencari Daniel.

Polis minta Daniel tampil ke balai untuk siasatan

Ekoran daripada kejadian itu, polis kemudian meminta agar mangsa yang didakwa hilang untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan polis sehingga kini tidak berjaya menghubungi mahupun mengesan Daniel serta tunangnya.

“Kami meminta mereka segera menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis terdekat untuk bantu siasatan.

“Buat masa ini, kami cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Kata beliau lagi, tiada laporan berhubung kejadian samun mahupun jenayah lain yang dilaporkan daripada pihak Daniel.

Polis sedang berusaha kesan Daniel untuk tahu perkara sebenar

“Polis sedang usaha berhubung dengan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan membuka kertas siasatan,” katanya lagi.

Akan cerita apa yang berlaku nanti

Walau bagaimanapun, menerusi satu muat naik terbaharu ibu saudara Daniel di IGStory, dipercayai mereka telah tampil untuk membuat laporan berdasarkan struktur bangunan di dalam video tersebut.

Selain itu, Eyraswan turut menyatakan dia hanya akan menceritakan perkara tersebut nanti kerana ingin menghormati pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd