Now Reading
Mayat Wanita Ditemui Terdampar Di Persisiran Pantai Puteri, Melaka

Mayat Wanita Ditemui Terdampar Di Persisiran Pantai Puteri, Melaka

Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan pihak mereka masih sedang mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

remaja 13 tahun maut terjun dari pangsapuri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pagi semalam (24 September), pengunjung di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang terdampar di persisiran pantai tersebut.

Menurut laporan, mayat wanita yang dipercayai berusia 20-an itu dijumpai sekitar jam 8 pagi dengan berpakaian lengkap tanpa identiti dalam keadaan sebahagian badan tertimbus di dalam pasir.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit menjelaskan bahawa sepasukan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) dan pegawai penyiasat dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan mahu pun unsur jenayah. Kita sedang mengenal pasti identiti si mati melalui cap jari, namun kita percaya mangsa merupakan wanita warga tempatan berusia 20-an berdasarkan tanda suntikan BCG.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Pihak berkuasa memaklumkan mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tujuan bedah siasat. Namun setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kita minta mana-mana individu yang melihat kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Polis akan mengeluarkan kenyataan media jika terdapat sebarang perkembangan lain.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Sumber: Malaysia Gazette.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd