Now Reading
Lelaki 24 Tahun Dibunuh & Dibakar, Ibu Luah Rasa Berat Hati Ingin Benarkan Anak Keluar Pada Mulanya

Lelaki 24 Tahun Dibunuh & Dibakar, Ibu Luah Rasa Berat Hati Ingin Benarkan Anak Keluar Pada Mulanya

Ibu mangsa bagaimanapun menolak kemungkinan kes pembunuhan ini adalah disebabkan cemburu kerana anaknya tidak mempunyai teman wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasaan ibu mana yang tidak luluh apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan pergi buat selamanya dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita berusia 55 tahun yang dikenali sebagai Vathma, apabila dia dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa anak sulungnya, R Darvnrajh, 24, telah dibunuh dah dibakar di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka pada minggu lalu.

Vathma menjelaskan, meskipun pihak polis belum mengesahkan bahawa itu adalah mayat anaknya yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, namun menerusi satu rakaman CCTV tular, Vathma mengakui lelaki yang telah dipukul tiga individu lain itu merupakannya anaknya, Darvnrajh.

Sumber gambar: Orang awam.

Ibu Luah Rasa Berat Hati Ingin Benarkan Anak Keluar

Ibu mangsa memaklumkan telah melihat anak sulungnya itu pada kali terakhir ketika dia ingin keluar rumah untuk menonton wayang bersama adik bongsu berusia 17 tahun dan rakan-rakannya pada 9 September lalu.

Mangsa, R Darvnrajh, 24.

Ketika itu saya berat hati nak membenarkan mangsa keluar rumah, namun selepas dipujuk suami dan anak, saya akhirnya membenarkan. Tapi bila saya tiba di rumah di Tampin, kira-kira jam 2.30 pagi pada 10 September, anak saya masih tiada di rumah dan kemudian kami melaporkan kehilangan mangsa di balai polis berdekatan.

Vathma, ibu mangsa.

Apa yang lebih memilukan adalah ibu mangsa tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu pada 10 September lalu malah selepas beberapa hari dilaporkan hilang, keluarga mereka menerima berita pilu apabila polis memaklumkan penemuan mayat dipercayai Darvnrajh.


Motif Pembunuhan Masih Belum Dikenalpasti

Vathma memberitahu tidak mengetahui punca anaknya itu diperlakukan sedemikian, dia bagaimanapun menolak kemungkinan ianya adalah disebabkan cemburu kerana anaknya tidak mempunyai teman wanita.

Cuma sebelum kehilangannya dia ada memaklumkan kepada rakan untuk mencari pembeli motosikal lama jenis Yamaha 125Z miliknya. Dia beritahu wang sebanyak RM4,000 hasil jual motosikal itu untuk digunakan bagi perbelanjaan bekerja Lapangan Terbang Changi, Singapura tapi wang yang dia dapat pun tiada di rumah.

Vathma, ibu mangsa.

Mengulas lanjut, polis Melaka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes penemuan mayat tersebut.

Sumber: Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd