Now Reading
Anak Sarawak Keturunan Campuran Layak Mohon Status Bumiputera Bermula 1 Nov 2023

Anak Sarawak Keturunan Campuran Layak Mohon Status Bumiputera Bermula 1 Nov 2023

Terdapat 13 kaum yang diiktiraf sebagai peribumi Sarawak seperti Bagatan, Tring, Vaei, Dali dan lain-lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berita baik kepada rakyat Sarawak!

Rakyat Sarawak yang berketurunan campuran kini boleh membuat permohonan untuk diiktiraf sebagai anak negeri Sarawak mulai 1 November ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963, dan Hubungan Persekutuan-Negeri) aitu Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memaklumkan permohonan boleh difailkan di mana-mana pejabat daerah dengan bayaran RM100.

Menerusi satu kenyataan, kerajaan Sarawak akan membentuk panel diketuai oleh setiausaha kerajaan negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki untuk memutuskan permohonan tersebut.

Kriteria kelayakan bagi individu untuk diiktiraf sebagai anak jati Sarawak adalah selaras dengan peruntukan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Anak kandung dari seseorang yang berasal dari Sarawak
  • Salah seorang ibu atau bapa berasal dari kaum asli Sarawak.

Walaupun isu ‘keturunan’ ini sudah lama berlarutan, perkara itu terus diperkatakan selepas pemuzik tempatan Alena Murang mempersoalkan hal tersebut pada tahun lepas.

Alena yang didaftarkan sebagai Kelabit pada kad pengenalannya adalah berbangsa campuran kerana bapanya berasal dari kaum Kelabit manakala ibunya pula dari negara Eropah.

Dia mendapat tahu bahawa sebagai seseorang yang berbangsa campuran tidak diiktiraf sebagai anak negeri secara sah dan tidak boleh mewarisi tanah leluhurnya.

Pada Februari 2022, DUN Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Tafsiran (Pindaan) 2022, termasuk menganggap anak hasil perkahwinan campur sebagai anak negeri walaupun hanya salah seorang daripada ibu bapanya adalah anak negeri.

12 kaum lain juga termasuk dalam senarai kaum pribumi di negeri ini iaitu:

  1. Bagatan
  2. Bakong
  3. Bemali
  4. Berawan
  5. Dali
  6. Lakiput
  7. Jatti Miriek
  8. Narom
  9. Sa’ban
  10. Tatau
  11. Tring
  12. Vaie

Perubahan itu disambut baik oleh netizen tempatan seperti pengguna Twitter Doh Nyawen (@BeeBalan) yang berkata dia kini boleh dilihat sebagai anak jati di sisi undang-undang dan tidak akan kehilangan harta pusaka bapanya.

Pengguna Twitter lain yang turut berada dalam keperitan yang sama, terutamanya mengenai perkara berkaitan pewarisan keluarga telah menyuarakan pendapat serupa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd