Now Reading
[Video] Lori Tak Sempat Brek ‘Sapu’ 13 Biji Kereta Di Kuantan Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat

[Video] Lori Tak Sempat Brek ‘Sapu’ 13 Biji Kereta Di Kuantan Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat

Kejadian dikatakan berlaku ketika 13 kereta sedang menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malang tidak berbau.

Ungkapan yang paling tepat untuk menjelaskan satu kejadian di Jalan Beserah, Kuantan pada petang Ahad lalu (10 September) apabila 13 buah kereta berdepan detik cemas saat kenderaan mereka dirempuh oleh sebuah lori.

Ketika itu, kesemua kenderaan ini sedang menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang.

Mengulas lanjut, detik cemas itu sempat dirakam oleh netizen dan dikongsikan di beberapa platform media sosial. Menerusi video tular berkenaan, dapat dilihat sebuah lori gagal menekan brek lalu ‘menyapu’ kesemua 13 kenderaan di hadapannya.

Memetik sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6:48 petang itu dilaporkan mengalami kerosakan namun kesemua pemandu berusia 29 sehingga 62 tahun serta penumpang dipercayai selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menjelaskan siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.

Oleh disebabkan itu, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan. Kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan dan jalan basah/licin.

Anggota polis ke tempat kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu-pemandu yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sumber: Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd