Now Reading
PRN2023: PDRM Jangka 1.9 Juta Kenderaan Di Lebuhraya PLUS & 150,000 Di LPT, OP Lancar Bantu Kawal Trafik

PRN2023: PDRM Jangka 1.9 Juta Kenderaan Di Lebuhraya PLUS & 150,000 Di LPT, OP Lancar Bantu Kawal Trafik

Seramai 3,000 petugas JSPT melibatkan kekuatan daripada semua kontinjen termasuk bantuan sumber manusia daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah diatur gerak untuk OP Lancar sempena PRN2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula hari ini (11 Ogos 2023), rata-rata orang ramai dari enam buah negeri yang bakal mengadakan hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan mula membanjiri lebuh raya untuk pulang ke kawasan mengundi masing-masing.

Enam buah negeri yang terlibat untuk PRN 2023 ini adalah:

  1. Selangor.
  2. Negeri Sembilan.
  3. Pulau Pinang.
  4. Kedah.
  5. Kelantan.
  6. Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: “Cara Muslim Berbicara Politik Tidak Benar Di Sisi Teks Al-Quran” – Nouman Ali Khan Beri Penjelasan Padu Soal Politik & Islam


PDRM Laksana OP Lancar Sempena PRN2023

Nak balik kampung mesti takut tersangkut dalam trafik, kan? Bukan calang-calang trafik kali ini terutamanya jika anda menghala ke Pantai Timur. Jalan ibarat lautan yang dipenuhi dengan kenderaan.

Malah, bermula pertengahan minggu ini pun sudah ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kawasan mengundi lebih awal bagi mengelakkan tersangkut dalam trafik.

Oleh itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengumumkan bakal melaksanakan OP Lancar sempena PRN2023 bagi menumpukan pada kelancaran aliran trafik.

OP Lancar akan bermula dari hari ini, 11 Ogos sehingga Ahad, 13 Ogos 2023.


JSPT Jangka 1.9 Juta Kenderaan Di Lebuhraya PLUS & 150,000 Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

JSPT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka menjangkakan berlakunya pertambahan aliran kenderaan sehingga 1.9 juta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan 150,000 buah kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Justeru, fokus utama JSPT adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar dan terkawal bagi semua pengguna jalan raya yang pilang untuk mengundi dan kembali semula ke ibu kota,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya lagi, JSPT akan tertumpu kepada negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan di mana melibatkan lokasi di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri, dan jalan bandaran utama kawasan ‘hotspot’ berlaku kesesakan.

Pemantauan ini juga termasuk di susur keluar lebuh raya serta persimpangan yang melibatkan persimpangan lampu isyarat akan dibuat kawalan sekiranya terkesan menyebabkan kesesakan yang melampau.

“Seramai 3,000 petugas JSPT melibatkan kekuatan daripada semua kontinjen termasuk bantuan sumber manusia daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah diatur gerak,” jelas DCP Datuk Mohd Nasri Bin Omar selaku Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, PDRM.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd