Now Reading
Individu Miliki Atau Jual Jam Tangan LGBTQ+ Jenama Swatch Boleh Dipenjara & Denda RM20,000

Individu Miliki Atau Jual Jam Tangan LGBTQ+ Jenama Swatch Boleh Dipenjara & Denda RM20,000

Individu yang memiliki atau menjual jam tangan berunsur LGBTQ+ jenama Swatch akan menerima hukuman mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah jam keluaran jenama Swatch dikatakan telah menimbulkan kontroversi apabila warna-warna yang ditonjolkan pada aksesori tersebut dikaitkan dengan unsur lesbian, gay, biseksual, transgender ‘queer’ dan ‘plus’ (LGBTQ+).

Terdahulu, pihak penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu 11 butik jam tangan Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan warna pelangi.

Antara lokasi yang diserbu adalah pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Manakala lima lagi butik di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching telah diberi amaran.

Artikel Berkaitan: Rampas Jam Tangan Tema LGBTQ, Swatch Failkan Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Sumber: MalayMail

KDN Bakal Denda Dan Penjara Individu Yang Miliki Serta Jual Jam Tangan Unsur ‘Pelangi’ Jenama Swatch

Memetik laporan Free Malaysia Today, KDN telah mengeluarkan perintah melalui warta kerajaan semalam (10 Ogos) membabitkan larangan penerbitan berkaitan LGBTQ+ pada sebarang koleksi termasuklah kotak, pembalut, aksesori serta barangan.

Pewartaan perintah larangan ini adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012. Ia menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan terbabit adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, KDN turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang memiliki atau menjual jam koleksi LGBTQ+ jenama Swatch bakal berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Individu akan berdepan hukuman tersebut mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu termasuk mengeluar, mengelilingi, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu dan apa-apa hasil penerbitan larangan.


Bagaimana Jam Tangan ‘Pelangi’ Jenama Swatch Mula Tular?

Isu melibatkan jam tangan jenama Swatch mula tular di Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar menunjukkan jam koleksi bertemakan warna pelangi itu.

Lelaki itu mendakwa jam tangan berkenaan mempunyai unsur LQBTQ+ dan dikaitkan dengan bantahan segelintir pihak terhadap penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia.

Sumber: Free Malaysia Today


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd