Now Reading
Elak Undi Pada Saat Akhir, Ikut Masa Yang Ditetapkan – SPR

Elak Undi Pada Saat Akhir, Ikut Masa Yang Ditetapkan – SPR

Walau bagaimanapun, pengundi PRN2023 masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum tiba hari mengundi, anda disarankan untuk menyemak senarai daftar pemilih dan memastikan segala maklumat tertera adalah tepat. Yang penting kena tahu lokasi anda akan mengundi nanti.

Esok (12 Ogos) merupakan hari pengundian bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu di mana seramai 9,674,456 pengundi layak mengundi di PRN enam negeri tersebut dan PRK Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati para pengundi agar mengikut cadangan masa keluar mengundi seperti yang digalakkan dan tidak mengundi pada saat-saat akhir.

Datuk Ikmalrudin Ishak selaku Setiausaha SPR menyarankan pengundi membuat semakan awal maklumat pengundian bagi mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di LINK INI atau hubungi Hotline SPR di 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.

Datuk Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Masih Boleh Keluar Buang Undi Pada Jam 8 pagi Hingga 6 Petang

Ikmalrudin walau bagaimanapun menjelaskan para pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan.

Panduan-Memilih-Calon-PRN2023-dr-zulkifli-1

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah dilarang dan pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang disediakan dan mengambilnya setelah selesai membuang undi.

Pengundi diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

Datuk Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Peraturan Sebelum Pergi Mengundi Untuk PRN2023.

Paling penting, kesemua pengundi, calon, dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi dilarang untuk memakai baju/topi/pelitup muka atau membawa material yang memiliki nama lambang/simbol/gambar parti atau calon yang bertanding atau apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline/slogan kempen yang membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.

Manakala pengundi positif Covid-19 pula disarankan untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi memudahkan urusan pengundian nanti.

Para majikan diingatkan untuk memberikan tempoh yang munasabah kepada para pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada PRN di enam buah negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Tempoh Rasmi Berkempen Tamat 11:50PM, Hari Ini.

Turut diingatkan oleh SPR bahawa tempoh rasmi untuk berkempen tamat pada jam 11:59 malam hari ini (11 Ogos 2023) di mana selepas tempoh itu kesemua pihak perlu menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi termasuk di luar pusat mengundi dan juga menerusi saluran media sosial.

Panduan-Memilih-Calon-PRN2023-dr-zulkifli-1

Semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara tersebut adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Datuk Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi atau melanggar peruntukan tersebut boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.

SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam. Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan.

Datuk Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

Sumber: Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd