Now Reading
Rang Undang-Undang Pemansuhan Kesalahan Percubaan Bunuh Diri Akan Dibentangkan Di Parlimen

Rang Undang-Undang Pemansuhan Kesalahan Percubaan Bunuh Diri Akan Dibentangkan Di Parlimen

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri dalam usaha untuk mencegah kes bunuh diri dan menggalakkan mereka yang terkesan untuk tampil meminta bantuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rang Undang-Undang untuk pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri akan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini (4 April).

Ini berikutan tindakan bersejarah di Dewan Rakyat pada hari sebelumnya di mana wakil-wakil rakyat bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa antara perubahan yang dicadangkan kepada undang-undang termasuklah memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas dasar bahawa percubaan bunuh diri adalah akibat kecacatan mental dan delirium psikiatrik.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd