Kes Lelaki Ditikam Pesakit Mental Di Hospital Selayang, DG Hisham Beri Respon
Lelaki yang mengalami demam denggi itu ditikam tiga kali oleh pesakit mental yang berada di wad kecemasan hospital berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak belakangan ini, hospital di Malaysia dipenuhi dengan ramai pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat bilik wad kerana bilangan petugas kesihatan yang sangat terhad.
Malah, sebelum ini pernah terjadi kes di mana seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya yang terlibat dalam kemalangan motosikal didakwa dilayan dengan tidak endah kerana doktor yang bertugas mempunyai banyak pesakit lain yang perlu dirawat.
Mereka juga hanya diberikan nota kertas yang tertera beberapa simptom yang perlu diberi perhatian terhadap anaknya selepas rawatan dilakukan.
BACA JUGA: Mother’s Complaint Of Son Getting Poor Attention At Kelantan Hospital Goes Viral
Lelaki Ditikam Oleh Pesakit Mental Di Hospital Sehingga Cedera
Baru-baru ini, satu kejadian tidak diingini berlaku apabila seorang lelaki yang didakwa menghidap demam denggi telah diserang dan ditikam oleh pesakit mental di Hospital Selayang semalam (14 Februari).
Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bersesak menunggu giliran di hospital yang turut dipenuhi dengan pesakit lain.
Menurut laporan The Straits Times, pesakit mental itu bertindak sedemikian selepas terlalu penat menunggu di ruang menunggu di Hospital Selayang untuk dimasukkan ke dalam wad.

Difahamkan, pesakit berkenaan telah mengambil pisau dari bilik jururawat dan menikam mangsa sebanyak satu kali di belakang badan dan dua kali di bahagian perut.
Tikaman ketiga di bahagian perut mangsa menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk rawatan.
Noor Hisham Beri Respon Tentang Kejadian Pesakit Mental Tikam Mangsa Di Hospital
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di laman Twitter (@DGHisham) telah memberi respon tentang kejadian yang berlaku.
Menurut beliau, kejadian lelaki ditikam di Hospital Selayang itu membabitkan pesakit mental yang dibawa ke hospital semalam (14 Februari) oleh pihak polis.
Berikutan kejadian itu, pihak mereka akan mengkaji semula prosedur melibatkan pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik.
Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa yang cedera akibat ditikam berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Before we viral disinformation pl be informed that the stabbing was done by a psychiatric pt brought in by the police. It can happen anywhere. We need to safeguard our patients in emergency depts & our clinics. We have to review our SOP for patients with psychiatric disorders.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 14, 2023
Talian Untuk Dihubungi Jika Anda Mempunyai Masalah Kesihatan Mental
Tertekan dengan masalah dalam kehidupan boleh menjadi salah satu punca seseorang itu mempunyai masalah kesihatan mental.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil langkah untuk membendung kejadian tidak diingini dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:
- MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
- BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
- ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.