Now Reading
Mayat Kanak-kanak Jatuh Longkang Di Ukay Perdana Ditemui Lepas 4 Kali Azan

Mayat Kanak-kanak Jatuh Longkang Di Ukay Perdana Ditemui Lepas 4 Kali Azan

Mayat kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana telah dibawa ke Hospital Ampang untuk proses bedah siasat.

Mayat Kanak-kanak Jatuh Longkang Di Ukay Perdana Ditemui Lepas 4 Kali Azan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Sabtu lalu (11 Februari), satu kejadian tidak diingini berlaku berhampiran Jalan Ukay Perdana, Ampang apabila dua orang kanak-kanak berusia lapan dan sepuluh tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar ketika hujan lebat.

Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa berusia lapan tahun dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan ditemui dalam keadaan lemas kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pada hari yang sama.

Namun seorang lagi mangsa berusia 10 tahun iaitu Muhammad Riqullah Mohd Shafie dilaporkan telah hilang dipercayai akibat dihanyutkan oleh arus air hujan di dalam longkang berkenaan.

Difahamkan, dua orang kanak-kanak itu sedang bermain berhampiran longkang pada Sabtu lalu sebelum mereka berdua terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Mayat Kanak-kanak Jatuh Longkang Di Ukay Perdana Ditemui Lepas 4 Kali Azan
Sumber: Facebook Bala Bomba Dan Penyelamat Ampang

Mayat Kanak-kanak Yang Jatuh Dan Hilang Ditemui Selepas Bomba Laungkan Azan 4 Kali

Memetik laporan Astro Awani, mayat mangsa kanak-kanak 10 tahun yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana telah ditemui kira-kira jam 5:10 petang semalam (13 Februari).

Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata pihak mereka telah menemui mayat berkenaan pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian dan 100 meter dari Pos Kawalan Bomba.

Shahrin Yusmar berkata misi mencari dan menyelamat mayat mangsa kedua ini sedikit mencabar apabila terdapat tanah runtuh yanng berlaku pada Ahad lalu (12 Februari).

Pada mulanya kami telah mengorek kawasan yang dikenal pasti ada mayat, tetapi masih tidak jumpa.

Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof.

Namun selepas salah seorang anggota mereka melaungkan azan selama empat kali, seolah-olah ada petunjuk yang memberitahu tentang keberadaan mayat mangsa kedua.

Selepas empat kali laungan azan dibuat, tidak lama kemudian anggota saya melihat ada lalat menghurung di lokasi berkenaan. Ketika itulah kami mendapat petunjuk dan mula menggali semula sebelum menemui tubuh kanak-kanak itu.

Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof.

Tubuh kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan sempurna di bawah timbunan batu tanpa sebarang reputan dan hanya beberapa bahagian kulit di anggota badannya sudah mula melepuh.

Shahrin Yusmar memaklumkan mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Ampang untuk proses bedah siasat.

Operasi SAR berhubung kejadian juga telah ditamatkan secara rasmi semalam sekitar jam 6:30 petang.

Mayat Kanak-kanak Jatuh Longkang Di Ukay Perdana Ditemui Lepas 4 Kali Azan

Ibu Bapa Kanak-kanak Jatuh Dalam Longkang Di Ukay Perdana Akan Disiasat Oleh Pihak Polis

Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ibu bapa melibatkan kedua-dua orang mangsa yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti berkemungkinan berlakunya pengabaian dalam menjaga kedua-dua mangsa.

Meskipun kejadian ini dikategorikan sebagai mati mengejut, tetapi kedua-dua ibu bapa yang terlibat akan disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu berlaku pengabaian terhadap kanak-kanak.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Oleh itu, ibu bapa di luar sana dinasihati untuk mengawai pergerakan anak-anak bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sehingga boleh meragut nyawa.

BACA JUGA: [Video] Lelaki Pandu Kereta Secara Bahaya Sambil Bawa Anak Kecil Undang Kecaman Netizen


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd