Now Reading
[Video] Lelaki Pandu Kereta Secara Bahaya Sambil Bawa Anak Kecil Undang Kecaman Netizen

[Video] Lelaki Pandu Kereta Secara Bahaya Sambil Bawa Anak Kecil Undang Kecaman Netizen

Pemandu kereta mendakwa dua orang kanak-kanak itu menyatakan hasrat untuk merasa bagaimana duduk bersebelahan dengannya ketika menaiki kereta.

[Video] Lelaki Pandu Kereta Secara Bahaya Sambil Bawa Kanak-kanak Undang Kecaman Netizen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai seorang bapa yang memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga, gerangan ini seharusnya menjadi pelindung ahli keluarga daripada terlibat dengan apa-apa perkara yang boleh membahayakan diri.

Namun ada segelintir individu yang mengambil ringan tentang keselamatan ahli keluarga mereka sehingga sanggup melakukan aksi yang membahayakan nyawa.

Sebelum ini, seorang bapa telah ditahan oleh pihak polis selepas video dirinya menunggang motosikal sambil melakukan aksi ‘wheelie’ tular di media sosial.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, bapa tersebut juga membawa anak perempuannya yang berada di bakul hadapan motor pada ketika itu

BACA JUGA: Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor

Sumber: Facebook Inforoadblock

Bapa Pandu Kereta Dengan Laju Sambil Bawa Kanak-kanak Di Bahagian Penumpang

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki dipercayai bapa kepada dua orang kanak-kanak di bahagian penumpang melakukan aksi yang membahayakan.

Lelaki itu dilihat menekan minyak dan bergerak dengan sangat laju dalam tempoh beberapa saat sebelum kembali memperlahankan kenderaan yang dipandunya.

Pemandu kereta mendakwa dua orang kanak-kanak itu menyatakan hasrat untuk merasa bagaimana duduk bersebelahan dengannya ketika menaiki kereta.

Namun tindakan lelaki berkenaan telah menyebabkan dua orang kanak-kanak yang berada di sebelahnya kelihatan sangat takut ketika kereta yang dinaiki itu bergerak pada kelajuan yang tinggi.

Walaupun kedua-dua mereka telah memakai tali pinggang keselamatan, tetapi ia dilihat tidak begitu kukuh kerana mereka masih bergerak ke belakang dan hadapan.


Netizen Bengang Lihat Sikap Lelaki Itu Yang Tidak Bertanggungjawab

Rakaman video itu telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen dan boleh dikatakan rata-ratanya mengecam perbuatan lelaki berkenaan yang dilihat berisiko untuk membahayakan nyawa.

Mereka juga meluahkan rasa kasihan selepas melihat reaksi takut yang terpapar di wajah dua orang kanak-kanak itu ketika berada di dalam kenderaan yang sangat laju.

Ada juga yang meminta agar pihak polis menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan kepada pemandu.


Tindakan Yang Boleh Dikenakan Kepada Ibu Bapa Jika Mengabaikan Keselamatan Anak-anak

Ibu bapa yang tidak menjaga keselamatan anak-anak mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi perlindungan.

Antara tindakan yang boleh dikenakan adalah:

  • Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Jika didapati bersalah, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.
  • Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiayaan kerana mengabaikan keselamatan kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.

Jangan pula disebabkan terlalu sibuk mengejar populariti di media sosial sehingga sanggup mengabaikan keselamatan anak-anak.

Pesanan ringkas, jadilah ibu bapa yang bijak okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd