Now Reading
Polis Terima 4 Laporan Berhubung Dakwaan Murid Dipukul Dengan Penyapu Di Kem Motivasi

Polis Terima 4 Laporan Berhubung Dakwaan Murid Dipukul Dengan Penyapu Di Kem Motivasi

Ada juga murid yang mendakwa mereka disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam ketika kem motivasi tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa ibu bapa telah membuat laporan polis selepas mendakwa anak mereka dikasari ketika menghadiri sebuah kem motivasi di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Memetik laporan MalaysiaKini, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. Anbalagan memaklumkan pihak mereka telah menerima empat laporan pada Selasa lalu (6 Disember) berhubung dakwaan tindakan fasilitator yang menghukum secara fizikal.

Antara denda yang dikenakan terhadap beberapa murid sekolah adalah memukul mereka menggunakan penyapu kerana dikatakan berbual ketika kem motivasi sedan berlangsung.

Gambar sekadar hiasan.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa murid lelaki didakwa dimalukan di khalayak ramai dengan disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam.

Hukuman fizikal lain yang turut dikenakan adalah diarahkan untuk ketuk-ketampi beratus kali, cangkung selama 10 minit dan dicekik di bahagian leher.

Difahamkan, seramai 60 orang murid Darjah Lima telah menyertai kem selama dua hari itu yang dikenalikan oleh sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO).

Malah, ibu bapa juga diminta untuk membayar sejumlah RM20 bagi setiap murid yang menyertainya.

Murid-murid Sertai Kem Motivasi Itu Menangis Pulang Ketika Pulang Ke Rumah

Kem yang sepatutnya memberi manfaat dan keseronokan kepada setiap murid itu bertukar sebaliknya apabila mereka dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat lemah.

Gambar sekadar hiasan.

Ramai ibu bapa yang terkejut selepas anak mereka pulang dalam keadaan lemah dan ramai yang menangis. Mereka juga tidak mahu hadir ke sekolah pada keesokan harinya. Selepas mendengar apa yang diceritakan, barulah kami tahu apa sebenarnya yang anak-anak lalui di kem tersebut.

Sumber memberitahu kepada MalaysiaKini.

Berikutan itu, pihak polis telah kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2021 atas tindakan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

BACA JUGA: Kanak-kanak 8 Tahun Jadi Mangsa Dera Di Ampang Diselamatkan Oleh Bomba

BACA JUGA: Didakwa Dera Pelajar Autisme, Cikgu Rupanya Cuba Halang Pelajar Dari Bertindak Agresif


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd