Bas Rapid KL Terbakar Di Stesen LRT SS15, Subang Jaya
Insiden tersebut berlaku ketika bas berkenaan ingin mengambil penumpang di Stesen LRT SS15, Subang Jaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (14 Jun) kira-kira jam 3 petang, sebuah bas milik Rapid KL dilaporkan hangus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Stesen LRT, SS15 Subang Jaya, Selangor.
Kejadian tersebut turut dimaklumkan sendiri oleh pihak Rapid KL menerusi Twitter (@AskRapidKL) sejurus berlakunya kebakaran berkenaan.
Ketika kejadian, Rapid KL memaklumkan bahawa bas tersebut sedang berhenti untuk mengambil penumpang di Stesen LRT SS15. Terdapat seorang penumpang di dalam bas dan penumpang berkenaan serta Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tiada kerosakan pada harta benda awam dan kebakaran berjaya dikawal.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” jelas Rapid KL.
INSIDEN BAS TERBAKAR DI STESEN LRT SS15
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) June 14, 2022
Subang Jaya, 14 Jun – Sebuah bas Rapid KL laluan 771 (Desa Mentari ke Subang Mewah USJ 1) telah mengalami kebakaran di Stesen LRT SS15 sekitar jam 3.00 petang hari ini. pic.twitter.com/3qBZFthUVF
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.