Now Reading
Parti MUDA Bakal Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Melaka – Syed Saddiq

Parti MUDA Bakal Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Melaka – Syed Saddiq

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 sebagai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui, negeri Melaka ketika ini tidak berada di bawah mana-mana pimpinan selepas berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembubaran tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas empat ADUN daripada pihak kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinannnya.

Tindakan berkenaan menyebabkan beliau hilang majoriti sokongan.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 sebagai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Parti MUDA bakal bertanding

Memetik laporan Harian Metro, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu ketika sidang media bahawa parti MUDA di bawah pimpinannya bakal bertanding pada PRN Melaka akan datang.

Syed Saddiq menjelaskan parti tersebut kini sedang berunding bersama Pakatan Harapan (PH) untuk pengagihan kerusi.

Rundingan masih berjalan dan kita akan mengumumkan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan nanti.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Laporan media memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat kerana beliau percaya sudah tiba masanya untuk mewujudkan politik baharu yang lebih bermaruah dan berintegriti di Malaysia.

Ahli Parlimen Muar itu beranggapan bahawa politik tidak hanya boleh berasaskan wang, jawatan dan pangkat semata-mata.

Zaman di mana perebutan kuasa mengawal politik di Malaysia sudah tamat.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berpendapat bahawa politik ‘lompat parti’ juga perlu dihentikan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd