Now Reading
Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank Gara-gara Salah Posisi Gear

Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank Gara-gara Salah Posisi Gear

Menurut laporan saksi, kereta yang dipandu warga asing itu mahu mengundur tetapi tersalah meletakkan posisi ‘gear’ menyebabkan kereta itu merempuh bank.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kebelakangan ini berita mengenai kemalangan jalan raya semakin kerap berlaku. Kes kereta bertembung akibat melawan arus pun sudah beberapa kali direkodkan tahun ini.

Paling parah, pada awal bulan lalu di mana tujuh buah kereta dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Ipoh.

BACA SINI: [Video] Myvi Kuning HANCUR Dirempuh Lori Tapi Pemandu Dapat Keluar Dengan Bantuan Orang Awam

Kereta rempuh bank

Terbaharu, kejadian kemalangan yang melibatkan kereta yang telah merempuh sebuah bank di Bandar Inderapura, Jerantut, Pahang.

Kejadian telah berlaku hari ini kira-kira jam 10 pagi.

Kereta tersebut dipandu oleh seorang warga asing dan dipercayai tersalah meletak posisi ‘gear’.

Memetik laporan Kosmo, seorang pelanggan bank, Anuar Abdullah, 50, berkata dia yang sedang beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank berkenaan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan bunyi kaca pecah.

Kejadian yang berlaku dalam beberapa saat ini mengejutkan semua pelanggan di dalam bank dan ada yang melaungkan ‘Allahuakbar’ serta lari keluar daripada bank kerana bimbang keselamatan masing-masing. Nasib baik semasa kejadian semua pelanggan berada di dalam bank dan tidak berada di kaki lima bank, cuma cermin dinding kaca sahaja yang pecah dan tiada individu yang mengalami kecederaan.

Orang awam, Anuar Abdullah.

Menurutnya lagi, pemandu dilihat terpinga-pinga sebelum mengundurkan kereta dan menghubungi rakannya.

Dinding kaca di bank pecah

Kejadian tersebut menyebabkan dinding kaca bank berkenaan pecah dan rosak manakala ‘bumper’ hadapan kereta terbabit tercabut.

Jelas Anuar lagi, dia difahamkan kereta dipercayai dipandu warga asing itu mahu mengundur tetapi tersalah meletakkan posisi ‘gear’ menyebabkan kereta itu merempuh bank.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan menjelaskan pihak polis kini sedang melakukan siasatan terhadap kejadian yang melibatkan pemandu warga asing berkenaan.

Siasatan awal mendapati pemandu tersebut menyatakan tertekan pedal minyak secara mengejut dan siasatan dilakukan termasuklah dalam aspek lesen memandu dan sebagainya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd