Now Reading
[Video] Myvi Kuning HANCUR Dirempuh Lori Tapi Pemandu Dapat Keluar Dengan Bantuan Orang Awam

[Video] Myvi Kuning HANCUR Dirempuh Lori Tapi Pemandu Dapat Keluar Dengan Bantuan Orang Awam

Kejadian tersebut melibatkan 7 buah kereta di Jalan Ipoh, Sentul. Namun, tiada kematian direkodkan setakat ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Video viral menunjukkan kemalangan ngeri yang melibatkan 7 buah kereta dan sebuah lori kini dilihat tersebar luas di media sosial. Kemalangan berlaku pada sebelah petang tadi di Jalan Ipoh, KL.

Beberapa video rakaman dashcam dari sudut yang berbeza menyaksikan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Video menunjukkan sebuah lori kuning besar hilang kawalan dan merempuh kereta-kereta yang sedang menunggu lampu isyarat. Sebanyak 7 buah kereta terlibat dalam kemalangan tersebut.

Myvi berwarna kuning telah hancur sepenuhnya akibat dilanggar oleh lori tersebut. Namun, orang didalamnya dibantu oleh orang ramai untuk keluar dari kenderaan dengan berpaut kepada cebisan bahagian kereta yang remuk.

Kejadian tersebut melibatkan 7 buah kereta di Jalan Ipoh, Sentul. Namun, tiada kematian direkodkan setakat ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd