Now Reading
48 Buah Rumah & 8 Kedai Terbakar Di Karak, Bentong Malam Tadi

48 Buah Rumah & 8 Kedai Terbakar Di Karak, Bentong Malam Tadi

Menurut pihak bomba, kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai menyebabkan kebakaran cepat merebak di Kampung Baru Karak, Bentong.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kes kebakaran yang melibatkan kemusnahan 48 buah rumah serta lapan kedai telah berlaku di Kampung Baru Karak, Bentong malam semalam (1 Oktober).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kejadian pada kira-kira jam 9.10 malam itu walau bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Menurut laporan Berita Harian, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 malam dan 52 anggota bomba bersama 10 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

Kredit: Berita Harian

Bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 12.10 tengah malam dan kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai penyebab kebakaran cepat merebak.

Namun, sehingga kini pihak bomba masih berada di lokasi bagi memantau keadaan dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih disiasat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

thirteen + 6 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd