Now Reading
Otw Pulang Hantar Adik Ambil Vaksin, Abang Maut Tercampak Dari Highway

Otw Pulang Hantar Adik Ambil Vaksin, Abang Maut Tercampak Dari Highway

Mangsa berusia 21 tahun yang cedera di kepala maut di tempat kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kejadian ngeri telah berlaku pada awal pagi tadi di Kilometer 4 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Pandan di Johor Bahru apabila seorang lelaki maut apabila tercampak dari ketinggian enam meter lebuh raya tersebut.

Kredit: Johor Times/Facebook

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata dalam kejadian jam 11.20 pagi, mangsa berusia 21 tahun yang cedera di kepala maut di tempat kejadian.

Manakala, adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.

Orang awam yang berhenti untuk memberikan pertolongan kepada adik mangsa.
(Kredit: VOICE/Facebook)

Kedua-dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adik mangsa untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kejadian kemalangan itu dipercayai disebabkan motosikal itu terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala adiknya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.


Team TRP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Inallah waina ilayhi raji’un.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd