Now Reading
Vaksin Jenis Pfizer Selamat Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun

Vaksin Jenis Pfizer Selamat Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun

Menurut ujian, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun diberikan dua dos vaksin sebanyak 10 mikrogram, berbanding 30 mikrogram kepada golongan dewasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pfizer dan BioNTech memaklumkan bahawa hasil ujian vaksin Covid-19 syarikat tersebut berupaya untuk menghasilkan tindak balas imunisasi yang pantas dan juga selamat digunakan ke atas kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun.

Menurut laporan, syarikat itu akan mendapatkan kelulusan penggunaannya terhadap golongan terbabit dalam masa yang terdekat ini.

Walau bagaimanapun, dos vaksin akan diberikan pada kadar lebih rendah berbanding individu berusia 12 tahun ke atas.

Bagi peserta berusia 5 hingga 11 tahun, penggunaan vaksin adalah selamat dan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat.

Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Pfizer dan BioNTech.

Berdasarkan hasil ujian itu, mereka akan menghantar data terbabit kepada Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) serta badan berwajib di seluruh dunia secepat mungkin.

Keputusan yang diperoleh itu adalah yang pertama bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Manakala ujian bagi vaksin Moderna pula adalah untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun kini masih dalam kajian.

Dos berbeza

Berdasarkan ujian, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun diberikan dua dos vaksin sebanyak 10 mikrogram, berbanding 30 mikrogram kepada golongan dewasa.

Inokulasi itu diberikan dalam tempoh 21 hari ketika ini.

Kedua-dua vaksin Pfizer dan Moderna diberikan kepada golongan berusia 12 tahun ke atas di seluruh dunia.

Kredit: Freepik

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak dilihat sebagai kunci utama memastikan sekolah dibuka dan membantu menamatkan pandemik ini.

Kami amat berharap dapat memperluaskan lagi perlindungan menerusi vaksin ini kepada populasi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla.

Albert turut memberitahu bahawa kes Covid-19 membabitkan peadiatrik di Amerika Syarikat meningkat kepada 240% baru-baru ini.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd