Now Reading
[TERKINI] Kuala Lumpur & Putrajaya Berjaya Capai 100% Sasaran Pendaftaran Vaksin

[TERKINI] Kuala Lumpur & Putrajaya Berjaya Capai 100% Sasaran Pendaftaran Vaksin

Setakat ini, hampir semua negeri telah mencapai 50% pendaftaran, kecuali dua negeri – Kelantan (48.21%), dan Sabah (29.18%).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Kuala Lumpur dan Putrajaya kini telah mencapai 100% sasaran pendaftaran vaksin Covid-19.

Berdasarkan laporan, sehingga Ahad (20 Jun), sejumlah 1,385,714 individu di Kuala Lumpur telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, sementara Putrajaya merekodkan 76,536 pendaftaran.

  • Kuala Lumpur – 100% (1,385,741)
  • Putrajaya – 100% (76,536)
  • Selangor – 78.9% (3,745,931)
  • Labuan – 78.74% (53,938)
  • Negeri Sembilan – 74.13% (603,702)
  • Sarawak – 73.90% (1,509,557)
  • Melaka – 71.84% (486,641)
  • Penang 71.66% (979,770)
  • Johor 70.98 % (1,924,907)
  • Perlis 66.15% (119,867)
  • Perak 59.03% (1,099,539)
  • Kedah 58.47% (900,811)
  • Pahang 58.24% (684,762)
  • Kelantan 48.21% (596,000)
  • Sabah 29.18% (804,851)

Setakat ini, hampir semua negeri telah mencapai 50% pendaftaran, kecuali dua negeri – Kelantan (48.21%), dan Sabah (29.18%).

Kredit: JKAV

Sabah paling rendah

Walau bagaimanapun, Sabah menjadi negeri paling rendah pendaftaran iaitu hanya 29.19% atau 804,851 individu sahaja.

Malay Mail memetik kenyataan Adun Tanjung Aru, Datuk Junz Wong yang mengaitkan kadar pendaftaran rendah adalah disebabkan kekurangan vaksin dan akses internet yang lemah di Sabah.

Di pihak Warisan, kami berusaha sedaya upaya untuk memberi kesedaran melalui forum Facebook Live dan sebagainya. Tetapi kami hanya dapat berhubung dengan rakyat Sabah yang tinggal di bandar dan mempunyai akses internet. Malah, kebanyakan rakyat Sabah telah mendaftar melalui MySejahtera. Bagaimana dengan rakyat Sabah di kawasan luar bandar tanpa sambungan internet? Kami juga ingin menghubungi mereka. Tetapi kami tidak dapat bergerak di atas sebab sekatan perjalanan.

Adun Tanjung Aru, Datuk Junz Wong melalui Malay Mail.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa sebilangan rakyat di negeri ini yang sudah mendaftar melalui MySejahtera seawal Mac masih menunggu untuk diberikan temu janji.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen + twelve =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd