Now Reading
Tawar Servis Seks Melalui WhatsApp, Wanita Didenda RM2,500

Tawar Servis Seks Melalui WhatsApp, Wanita Didenda RM2,500

Kesalahan tersebut dilakukan terduduh pada 11 Januari di bilik sebuah hotel di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka Tengah, sekitar jam 9.40 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tindakan seorang wanita menawarkan servis hubungan seksual menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu di sebuah hotel di Melaka membawa padah apabila dia dikenakan denda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret negeri itu.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Nabilah Nizam setelah tertuduh, Rohayu Yusof, mengaku bersalah dan pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut kertas pertuduhan, wanita tersebut dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langgangan bagi maksud persundalan.

Di bawah seksyen ini, tertuduh yang disabit boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.


Polis Menyamar Sebagai Pelanggan Di Hotel

Utusan melaporkan ibu kepada tiga anak itu melakukan kesalahan tersebut di bilik sebuah hotel di Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka Tengah, sekitar jam 9.40 malam pada 11 Januari 2024.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Ia dijalankan susulan menerima maklumat, melalui pemerhatian dan penyamaran sebagai pelanggan di hotel tersebut.

Dalam serbuan itu juga, polis merampas beberapa barangan termasuk lima keping kondom, minyak pelincir, tisu, tuala, dan wang tunai RM150 disyaki hasil kegiatan pelacuran.


Wanita Melakukan Kesalahan Akibat Kesempitan Ekonomi

Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Haqim Zamri yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh.

Peguam Nuradzlyn Sharmine Azrin Sham yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar anak guamnya diberi denda minimum dengan alasan dia telah insaf.

Jelasnya, tertuduh berdepan dengan faktor kesempitan hidup untuk membesarkan tiga anaknya yang masing-masing berusia 13, sembilan dan empat tahun menyebabkannya terpaksa melakukan kesalahan itu. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd