Now Reading
Polis Buru Wanita Curi Rantai Tangan Emas RM41,000 Di Kuala Pilah

Polis Buru Wanita Curi Rantai Tangan Emas RM41,000 Di Kuala Pilah

Kejadian tersebut telah berlaku pada jam 4.05 petang, 3 Januari 2024 di sebuah kedai emas di Kuala Pilah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Polis sedang mengesan seorang wanita disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani insiden terjadi pada jam 4.05 petang, 3 Januari lalu.

Melalui semakan kamera litar tertutup (CCTV), wanita tersebut dilihat memakai baju berwarna hijau, seluar hitam, bertudung dan bercermin mata. Wajahnya tidak jelas kerana memakai pelitup muka.

Amran berkata suspek pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan dan meminta untuk mencuba barang kemas. Dia kemudiannya melarikan barang kemas terbabit.


Wanita Curi Dua Rantai Tangan Emas Seberat 132.75g

Barang kemas yang dicuri merupakan dua utas rantai tangan emas dengan berat 132.75 gram. Amran memaklumkan bahawa jumlah kerugian dialami pemilik kedai emas adalah sebanyak RM41,085.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang digunakan untuk simpanan harta benda. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Amran berkata pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Kes emas dicuri oleh suspek yang berpura-pura sebagai pelanggan bukan pertama kali berlaku.

Pekerja kedai diingatkan supaya sering memerhatikan pelanggan dan tidak meninggalkan mereka dengan barangan emas yang sedang dicuba.

Pelanggan juga sepatutnya hanya diizinkan mencuba satu barangan kemas dalam satu-satu masa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd