Now Reading
Puma Tamatkan Kontrak Tajaan Pasukan Bola Sepak Israel Mulai 2024

Puma Tamatkan Kontrak Tajaan Pasukan Bola Sepak Israel Mulai 2024

Menurut Ketua Komunikasi Puma Kerstin Neuber, keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Israel itu telah dibuat sejak 2022 lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konflik Palestin-Israel yang terjadi ketika ini dilihat sebagai sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya, ini kerana semakin banyak pihak di seluruh dunia yang mula membuka mata dan sedar akan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk di Gaza.

Susulan itu, ramai orang yang memberi sokongan terhadap Palestin sudah mula memboikot jenama-jenama yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti.

Antara jenama besar yang diboikot sejak bertahun lamanya adalah seperti, HP, Caltex dan juga jenama sukan terkenal, Puma kerana ia menaja pasukan bola sepak kebangsaan Israel.

Puma tidak teruskan kerjasama bersama pasukan bola sepak kebangsaan Israel

Terbaharu, jenama sukan dari Jerman itu mengambil keputusan untuk menamatkan tajaan dengan pasukan bola sepak kebangsaan Israel bermula 2024.

Ketua Komunikasi Puma, Kerstin Neuber berkata, keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Israel itu telah dibuat sejak 2022 lagi.

“Keputusan ini dilakukan sepenuhnya berdasarkan kepada faktor perniagaan,” katanya pada Selasa (13 Disember) dipetik ABC News.

Sehubungan itu, Puma juga tidak akan menyediakan peralatan sukan kepada pasukan bola sepak berkenaan.

Beliau turut menolak dakwaan ianya ada kaitan dengan konflik Palestin-Israel.

Puma laksana strategi ‘fewer-bigger-better’, terap dalam kempen pemasarannya

Menurutnya, Puma yang berdepan seruan untuk diboikot pengguna susulan kontrak bersama skuad kebangsaan Israel telah membuat keputusan terbabit pada akhir 2022. Ini berikutan keputusan mereka untuk melaksana dan menerapkan strategi ‘fewer-bigger-better’ dalam kempen pemasarannya.

Jelas Neuber, perubahan dibuat selepas semakan dalam senarai pasukan kebangsaan yang ditaja oleh syarikat berdasarkan faktor-faktor komersial dan penyertaan dalam kejohanan utama antarabangsa.

Ramai puas hati Puma tamatkan kontrak tajaan dengan skuad bola sepak Israel.

Sementara itu, tinjauan di platform media sosial X (Twitter) mendapati ramai orang gembira dengan berita penamatan kontrak Puma bersama pasukan kebangsaan Israel itu.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa strategi memboikot jenama gergasi yang menyokong Israel selama ini menjadi.

Sekadar info, selain Israel, Puma turut menamatkan tajaan bersama pasukan bola sepak kebangsaan Serbia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd