Suhaimi Saad, Bekas Penyanyi Kumpulan Nasyid In-Team Meninggal Dunia
Menurut Hafiz Hamidun jenazah dijangka dikebumikan pada esok pagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia sekitar jam 7.40 malam tadi (15 November).
Khabar duka tersebut dikongsikan In-Team menerusi satu hantaran di Facebook.
“Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh,” kata In-Team.
Jenazah akan dihantar ke rumah Ina Naim di Johor
Menurut komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun di Twitter pula, jenazah arwah telah dimandikan dan akan dihantar ke rumah keluarga isterinya, Ina Naim di Kota Tinggi, Johor pada malam ini.
Majlis pengebumian pula dijangka dilakukan pada esok hari.
Terdahulu arwah ditidurkan selepas beberapa hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Arwah difahamkan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu.
Selain itu arwah juga mengalami cirit-birit secara berterusan selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.
Takziah kami ucapkan kepada Ina Naim dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Baca artikel berkaitan: Suhaimi Saad Hidap Pneumonia, Masih Ditidurkan Di ICU – Ina Naim
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram