Now Reading
55% Rakyat Malaysia Berbelanja Sama Banyak Atau Lebih Daripada Gaji Setiap Bulan

55% Rakyat Malaysia Berbelanja Sama Banyak Atau Lebih Daripada Gaji Setiap Bulan

Manakala 67% responden menyatakan bahawa simpanan kecemasan mereka hanya mencukupi untuk tempoh tiga bulan atau kurang daripada itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar ini, setiap orang haruslah bijak dalam mengurus kewangan mereka.

Tidak hanya itu, setiap orang juga harus pandai menabung bagi kegunaan kecemasan pada masa akan datang.

RinggitPlus pada baru-baru ini telah mengumumkan keputusan RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey 2023 (RMFLS) yang memberi gambaran tentang perilaku kewangan rakyat Malaysia selain mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh orang ramai.

Menurut laporan berkenaan, 32% responden percaya bahawa keadaan kewangan mereka lebih buruk berbanding pada tahun 2022 yang lalu, dengan lebih daripada separuh (55%) responden mengakui merasa cemas, tertekan atau malu tentang keadaan kewangan mereka pada masa kini.

71% responden hanya mampu menyimpan kurang RM500 pada setiap bulan

Selain itu, pada tahun ini juga sebanyak 71% daripada responden hanya mampu menyimpan kurang daripada RM500 hasil pendapatan mereka pada setiap bulan.

Manakala 67% responden menyatakan bahawa simpanan kecemasan mereka hanya mencukupi untuk tempoh tiga bulan atau kurang daripada itu.

55% responden berbelanja sama banyak atau lebih daripada gaji bulanan

Sementara itu, 55% daripada responden pula mengakui bahawa mereka menghabiskan sama banyak atau lebih perbelanjaan daripada gaji yang diterima pada setiap bulan.

Pendek kata, tiada simpanan untuk kegunaan kecemasan atau masa akan datang yang dapat dilakukan pada setiap bulan.

Bagaimanapun, keputusan survei pada tahun ini sedikit mengejutkan apabila mendapati kebanyakan rakyat Malaysia dapat bertahan dalam krisis kewangan dengan mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.

3 tindakan utama dilakukan rakyat Malaysia untuk memperbaiki keadaan kewangan

Menurut RinggitPlus lagi, mengikut kaji selidik yang dijalankan, 94% responden mengambil langkah proaktif dengan melakukan tiga tindakan utama iaitu memotong belanja aktiviti riadah, kurang makan di luar dan mengawasi perbelanjaan dengan teliti.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif RMFLS 2023, RinggitPlus telah bekerjasama dengan rakan kongsi GXBank, CTOS dan Capital Dynamics untuk menghasilkan siri kandungan pendidikan yang memberi tumpuan pada pelbagai aspek kewangan peribadi untuk platform sosial pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd