Now Reading
Lelaki ‘Hilang’ Semasa COD Telefon Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang – PDRM

Lelaki ‘Hilang’ Semasa COD Telefon Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang – PDRM

Menurut Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pemuda berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Ahad (8 Oktober) bagi membantu siasatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial tentang kehilangan seorang pemuda berusia 27 tahun ketika membuat urusan jualan telefon pintar di Georgetown, Pulau Pinang.

Insiden kehilangan lelaki berkenaan mula mendapat perhatian apabila ibu saudaranya memuat naik hantaran di Instagram bagi memohon bantuan orang ramai mencari anak buahnya itu.

Walau bagaimanapun, pada 7 Oktober yang lalu, ibu saudaranya memaklumkan berita gembira bahawa pemuda itu telah dijumpai dalam keadaan selamat namun dikatakan agak trauma.

Susulan daripada penemuan ini, polis telah meminta mangsa yang didakwa hilang untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi membantu siasatan.

Sembunyikan Diri Dari Pemungut Hutang

Terbaharu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pemuda berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Ahad (8 Oktober) bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, berdasarkan rakaman keterangan yang dibuat, pemuda itu telah menyembunyikan diri daripada pemungut hutang. Ini sekaligus menafikan tanggapan orang ramai yang pemuda itu diculik.

Malah, beliau memaklumkan tiada sebarang kejadian berlaku kepada pemuda itu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Terdahulu, pihak polis memohon pemuda yang didakwa hilang itu untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Menurut Hussein, polis sedang mengesan mangsa bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden tersebut namun dia dan tunangnya gagal dikesan oleh pihak polis.

Untuk info, keluarga sebelum ini mendakwa dia telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori sebelum pulang ke pangkuan keluarga pada Sabtu (7 Oktober) lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Baca Artikel Berkaitan: Hilang Lepas Keluar COD Telefon: Muhammad Daniel & Tunang Diminta Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

Sumber: Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd