Now Reading
Lelaki Menyamar Sebagai Polis, Ugut Penuntut IPT RM3,000 Atau Dituduh Amal Seks Songsang

Lelaki Menyamar Sebagai Polis, Ugut Penuntut IPT RM3,000 Atau Dituduh Amal Seks Songsang

Mangsa bertindak menyerahkan wang tunai RM1,500 dan diminta memberikan baki RM1,500 melalui pemindahan dalam talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang lelaki telah bertindak menyamar sebagai anggota polis selain ingin mengadakan hubungan seksual luar tabii dengan seorang pelajar universiti swasta yang dikenali melalui laman media sosial.

Namun begitu, dia kemudiannya bertindak memeras ugut mangsa dan berkata akan memaklumkan kecenderungan seks mangsa yang dakwanya adalah gay kepada ibunya jika tidak memberi wang berjumlah RM3,000.

Suspek yang berusia 32 tahun telah ditahan semalam (16 Ogos). Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek telah menjemput mangsa berusia 24 tahun menaiki kereta pada 10 Ogos lalu di Jalan Putra 4, Ampang.

Suspek mendakwa dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebelum bertindak melakukan ugutan tersebut.

Suspek meminta wang sebanyak RM3,000. Akibat ketakutan, mangsa menghubungi rakannya untuk memindahkan wang kepadanya. Selepas itu, suspek membawa mangsa ke sebuah bank di Ampang Point untuk mengeluarkan wang tetapi tidak dapat dikeluarkan sehingga menyebabkan suspek marah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

Beliau berkata selepas itu mangsa menyerahkan RM1,500 kepada suspek ketika berada di dalam kereta di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Taman Nirwana. Manakala baki RM1,500 diminta oleh suspek supaya diserahkan melalui pemindahan dalam talian ke sebuah akaun Maybank.

Mangsa kemudiannya ditinggalkan di hadapan sebuah restoran.


Suspek Ada Rekod Lampau Dadah

Pada jam 6.40 petang semalam, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya telah menahan suspek di satu kawasan letak kenderaan di Petaling Jaya.

Berdasarkan semakan pihak polis, suspek didapati mempunyai satu rekod lampau kesalahan dadah manakala ujian air kencing negatif dadah.

Siasatan mendapati tujuan suspek berjumpa mangsa adalah untuk lakukan seks luar tabii. Suspek juga mengugut mahu menangkap semua pengamal LGBT di Malaysia menyebabkan mangsa ketakutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd