Now Reading
Acara Berlangsung Meriah! Ribuan Pencinta Dunia Kustom & Counter Culture Banjiri Art of Speed 2023

Acara Berlangsung Meriah! Ribuan Pencinta Dunia Kustom & Counter Culture Banjiri Art of Speed 2023

Selain pameran kereta dan motosikal, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pameran Hot Wheels Rare dan Collectables, Hot Wheels Skate School dan bermacam lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Art of Speed Malaysia (AOS 2023) secara rasminya telah memulakan acara Kustom dan Counter Culture yang paling julung di negara ini di Maeps, Serdang pada Sabtu, 29 Julai.

Acara tahunan yang mempamerkan ribuan buah kenderaan kustom dan motosikal pelbagai jenis itu telah dihadiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

AOS 2023 pada kali ini yang hadir dengan tema ‘Raikan Bezamu’ diadakan sehingga Ahad, 30 Julai di ruangan tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar, lebih besar berbanding penganjuran AOS pada tahun sebelum-sebelumnya.

Dua jenama motosikal terkenal lancar model baharu

Semalam juga, Triumph Malaysia turut memperkenalkan secara rasmi model terbaharu Tiger Sport 660 yang bermula pada harga RM50,900.

Bagi pasaran Malaysia, motosikal jenis touring kelas menengah daripada Triumph ini bernadikan enjin DOHC tiga silinder dengan 660cc Liquid-cooled, 12 Valve, yang mampu menjana sekitar 81Hp (kuasa kuda) serta 64Nm of tork.

Bukan hanya Triumph, malah jenama motosikal terkenal lain seperti Harley-Davidson turut melancarkan jentera terbaharu mereka di acara ini.

Mattel kongsi blister Hot Wheels die-cast Proton Saga Merah, memang rare!

Selain itu, Hot Wheels turut memperkenalkan blister kereta mainan die-cast edisi khas Proton Saga Merah selain kemeja-T edisi terhad Hot Wheels yang boleh dibeli di sini.

BACA JUGA: Mattel Perkenal Blister Edisi Khas Hot Wheels Proton Saga, Bakal Dilancar Pada 2024

Foto: TRP/Hairi Ezreen

Pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pameran Hot Wheels Rare dan Collectables, Hot Wheels Skate School dan bermacam lagi.

Tidak hanya itu, Vans Malaysia juga menyediakan taman mini untuk bermain skateboard dan basikal BMX secara percuma di sini.

Lebih menarik, AOS 2023 kalini juga mempamerkan ribuan jenis kenderaan dan motosikal kustom dari pelbagai kategori, jenama dan segmen.

AOS 2023 dibawakan khas oleh Bro Asia

Tidak hanya itu, Bro Asia yang juga merupakan penaja utama acara tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik di sana selain menjual barangan-barangan mereka yang begitu mendapat tempat di hati ramai.

Pelbagai jenis kenderaan disajikan, supercar sehingga ke microvan

Daripada supercar seperti Ferrari, sehinggalah ke kenderaan jenis microvan seperti Daihatsu Hijet yang dipamerkan.

Peminat Japanese Domestic market (JDM) pun turut terpukau melihat pelbagai modifikasi jenis kenderaan jenama Honda, Mitsubihi dan Mazda yang sememangnya rare.

Peminat dua roda? AOS sememangnya buat anda semua

Bagi peminat dua roda pula, AOS 2023 juga menyajikan pelbagai jenis motosikal seperti Honda C60, Vespa dan banyak lagi. Nak tengok Chopper, Cruiser, Touring, atau Cafe Racer? Sebut sahaja semuanya ada.

Selain daripada petunjukkan kereta dan motosikal kustom, pengunjung juga dapat membeli pelbagai jenis barangan menarik termasuk vintage di sekitar kawasan acara di luar mahupun di dalam dewan A, B, C dan D.

Daripada barangan kereta baru, vintage dan rare, sehinggalah permainan kanak-kanak pun turut dijual. Paling menarik di Dewan C, pencinta die-cast Hot Wheels boleh rambang mata dekat sini.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, AOS 2023 turut mengadakan Festival SoundCircus yang begitu sinonim dengan acara itu. Mereka membawa beberapa barisan kumpulan ‘metal hardcore’ dan ‘indie’ tempatan serta antarabangsa buat para pengunjung yang hadir.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Art of Speed 2023 Saji Line-up Padu di Festival SoundCircus, Hiburkan Ribuan Penonton

Pemenang cabutan bertuah bagi pembeli tiket 1000 terawal festival SoundCircus juga diumumkan hari ini sekaligus akan membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 yang telah dikustom dan motosikal Honda elektrik penuh e-Dax.

Foto: TRP/Hairi Ezreen

Secara keseluruhan, kemeriahan AOS 2023 memang tidak disangkal lagi apabila bukan sahaja menampilkan pelbagai jenis kenderaan kustom, malah turut berjaya menghiburkan penonton dengan Festival SoundCircus.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd