Now Reading
[Video] Tiada Raya Mengejut Tahun Ini? Ini Penjelasan ‘Padu’ Pegawai Falak Mufti Perak

[Video] Tiada Raya Mengejut Tahun Ini? Ini Penjelasan ‘Padu’ Pegawai Falak Mufti Perak

Menurut pegawai falak, kedudukan bulan pada 20 April depan sudahpun berada di atas ufuk, namun ia sukar dilihat kerana kedudukannya yang rendah dan hampir dengan matahari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada saat ini, isu raya mengejut kembali menjadi bualan ekoran penularan beberapa foto kononnya JAKIM telah membuat penetapan tarikh bagi Hari Raya Aidilftri.

Meskipun JAKIM telah membuat penafian, ianya kembali hangat apabila Pusat Astronomi Antarabangsa di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis (20 April).

Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

BACA JUGA: Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka 1 Syawal Jatuh Pada Hari Jumaat 21 April

Pegawai falak Mufti Perak jelaskan tiada Raya mengejut pada tahun ini

Terbaharu Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi satu hantaran video di laman TikTok rasminya memperjelaskan tiada raya mengejut pada tahun ini.

Menurut pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri itu, kelihatan beberapa aplikasi yang menunjukkan data bahawa anak bulan pada tarikh 20 April sukar untuk dilihat.

Kedudukan bulan sudah berada di atas ufuk pada 20 April nanti

Jelasnya, jika mengikut data daripada aplikasi khas melihat bulan, kedudukan bulan pada hari tersebut sudahpun berada di atas ufuk.

Bagaimanapun, dia berkata masa yang perlu diambil untuk melihat anak bulan hanya 12 minit sahaja selain daripada faktor ketinggian bulan juga memainkan peranan penting.

“Dalam ketinggian pada 20.4.2023, elevation (ketinggian) menunjukkan pada 2 darjah 3 minit. Kalau ikutkan kriteria yang kita gunakan di Malaysia rendah sebab elevation yang ditetapkan adalah 3 darjah baru boleh tengok anak bulan,” katanya.

Anak bulan sukar dilihat kerana rendah dan hampir dengan matahari

Menurutnya lagi, kedudukan bulan pada hari tersebut sudahpun berada di atas ufuk, namun ia sukar dilihat kerana kedudukannya yang rendah dan hampir dengan matahari

“Bila terlalu rendah, ia dekat dengan matahari. Apabila dekat dengan matahari cahaya bulan itu akan sukar untuk dilihat sebab cahaya yang sangat malap,” katanya lagi.

Fasa new moon atau bulan gelap juga punca anak bulan tidak kelihatan

Selian itu, dia juga menjelaskan mengenai fasa new moon atau bulan gelap yang akan berlaku pada 20 April depan di mana bulan pada waktu itu berkemungkinan tidak akan kelihatan langsung.

“Dalam takwin hijrah berdasarkan kepada kaedah yang digunapakai, fasa yang kita sebut hilal itu adalah selepas new moon.

“Jadi pada 20 April nanti, kedudukan bulan ini masih dalam keadaan new moon ataupun dalam bahasa arab disebut sebagai muhaqun,” ujarnya.

Oleh itu, berkemungkinan anak bulan hanya akan kelihatan pada keesokannya iaitu 21 April hari Jumaat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd