Now Reading
Kes Pelatih Tampar Pelajar: Bapa Pelajar Harap Cikgu Dikekalkan Kerana Ia Adalah Tamparan Semangat

Kes Pelatih Tampar Pelajar: Bapa Pelajar Harap Cikgu Dikekalkan Kerana Ia Adalah Tamparan Semangat

Menurut bapa pelajar yang ditampar itu, dia sudah mengenali Cikgu Hadee iaitu guru pelatih bola tampar yang telah mengajar anaknya sejak hampir lima tahun.

jurulatih tampar pemain bola tampar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Media sosial telah dibanjiri oleh kes di mana melibatkan seorang jurulatih menampar dua orang pemain remaja perempuan ketika berlangsungnya satu kejohanan bola tampar.

Ia dikatakan berlaku ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Berikutan kes itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan telah bertegas untuk menggantung sementara jurulatih tersebut daripada menyertai sebarang aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

BACA LANJUT: Tampar Pemain Remaja, Jurulatih Minta Maaf & Dihalang Sertai Aktiviti Bola Tampar


Bapa Pelajar Ditampar Pelatih Harap Cikgu Hadee Dikekalkan

Bapa kepada salah seorang daripada pemain skuad bola tampar perempuan Melaka bawah 14 tahun iaitu Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim meluahkan bahawa keluarga mereka telah mengenali Cikgu Hadee lebih lima tahun.

Malah, kedua-dua anaknya dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima.

Kami kenal Cikgu Hadee lebih lima tahun, anak saya kedua-dua mereka ini dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima lagi.

Abd. Halim Bakar, 50, menerusi Utusan.

Utusan dalam masa yang sama turut melaporkan bahawa, secara peribadi, Abd. Halim Bakar mahu jurulatih yang bernama Saiful Hadee Amar (Cikgu Hadee) untuk dikekalkan. Ini kerana insiden berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik sebelum ia menjadi topik hangat di media sosial.


Cikgu Hadee Beri Tamparan Semangat, Bukan Niat Untuk Cederakan

Katanya lagi, mereka sekeluarga telah mengenali jurulatih itu lebih lima tahun dan percaya bahawa tindakan menampar itu bukanlah dengan niat mencederakan, sebaliknya untuk meningkatkan semangat anaknya agar dapat beraksi dengan lebih baik.

Pelajar wanita itu juga meminta supaya jurulatihnya itu dikekalkan kerana dia lebih mengetahui tentang kemampuan cikgu berkenaan. Malah, Cikgu Hadee juga dikatakan telah banyak berkorban masa, wang, serta tenaganya untuk melatih pasukan ini.

Dari tidak tahu bermain sampailah mereka berjaya ke peringkat negeri, malah Cikgu Hadee inilah yang bersungguh-sungguh mencari tempat latihan sampai ke Tanah Merah dia bawa, asalkan anak-anak murid dapat berlatih.

Abd. Halim Bakar, 50, menerusi Utusan.

Abd. Halim dalam masa yang sama menjelaskan bahawa anak perempuannya itu tidak menganggap tindakan itu sebagai satu kekasaran sehingga meninggalkan kesan emosinya.

Anak kata tidak kuat pun, tidak sakit atau membuatkan emosinya terganggu, itu cara seorang jurulatih yang tegas memberikan semangat dan disebabkan itu juga pasukannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Selangor.

Abd. Halim Bakar, 50, menerusi Utusan.

Oleh yang demikian, mereka sekeluarga berharap agar pihak berkuasa memberikan peluang kepada jurulatih itu dengan mengambil kira jasa yang telah disalurkan.


Untuk rekod, untung nasib jurulatih tersebut bakal ditentukan pada Rabu (4 Januari) ini – sama ada akan digantung tugas ataupun sebaliknya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP. Shanmugam.

Tambahan pula, jurulatih serta dua pemain terlibat akan dipanggil memberi keterangan dalam sesi yang turut dihadiri wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Tampar Amatur Melaka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd