Now Reading
Tampar Pemain Remaja, Jurulatih Minta Maaf & Dihalang Sertai Aktiviti Bola Tampar

Tampar Pemain Remaja, Jurulatih Minta Maaf & Dihalang Sertai Aktiviti Bola Tampar

Jurulatih bola tampar tersebut dikatakan sudah meminta maaf kepada ibu bapa dan pemain selepas tamat saingan separuh akhir kejohanan pada 16 Disember lalu.

jurulatih tampar pemain bola tampar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, tular satu video di media sosial menunjukkan tindakan seorang jurulatih menampar dua orang pemain remaja perempuan ketika berlangsungnya satu kejohanan bola tampar.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Berikutan kes yang berlaku itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan telah bertegas untuk menggantung sementara jurulatih tersebut daripada menyertai sebarang aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

MAVA juga akan menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian kerana pihak mereka sama sekali tidak bertoleransi dengan sebarang kekerasan ke atas mana-mana individu.

Insiden tersebut turut mendapat reaksi kurang senang daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh selepas melihat video berkenaan.

Malah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan menterinya iaitu Fadhlina Sidek juga telah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dua pemain terlibat yang ditampar oleh jurulatih.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (Sumber: Astro Awani)

Memetik laporan Astro Awani, Fadhlina mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

Keutamaan kami adalah untuk menjaga keselamatan dan kebajikan dua orang remaja yang terlibat. Kita sudah berjumpa dengan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Jurulatih Sudah Minta Maaf Kepada Pemain & Ibu Bapa Pelajar

Menurut EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri VP Shanmugam, isu tersebut telah selesai selepas jurulatih berkenaan membuat permohonan maaf kepada dua orang pemainnya selepas tamat saingan separuh akhir pada 16 Disember lalu.

Sumber: Buletin TV3

Jurulatih itu yang juga merupakan guru sekolah rendah telah berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa pemain bagi memohon maaf atas tindakan kasarnya dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri VP Shanmugam.

Shanmugam juga menganggap isu tersebut sudah selesai apabila ibu bapa dan pemain menerima permohonan maaf jurulatih itu secara sukarela dan tidak membuat sebarang laporan polis.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang diadakan semalam (2 Januari).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd