Apple Store Bakal Buka Cawagan Pertama Di Malaysia
Cawangan Apple Store di Malaysia ini akan berada di Tun Razak Exchange (TRX), The Exchange Mall.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada tahun 2016, pernah ada khabar angin mengatakan bahawa Apple akan membuka cawangan pertama di Malaysia. Selepas itu, ia senyap seketika, sebelum muncul semula pada April 2021 menurut laporan The Edge Markets.
Beberapa hari yang lalu, seorang individu di forum Skyscraper City menyiarkan imej logo ikon Apple yang dilekatkan pada sesuatu objek.
Pengguna Twitter, @techsupremo akhirnya mengesahkan perkara itu.
Sape nak keja Apple Store Malaysia, ni Apple dah bukak vacancy. Apple ye. Bukan Machines, Switch dan sewaktu dengannya. Boleh rujuk https://t.co/hKO6N181Hs pic.twitter.com/1ZaCxriplJ
— Nazri Ishak 🇲🇾 (@techsupremo) December 15, 2022
Menurut senarai pekerjaan yang dipaparkan menerusi laman web Apple, syarikat itu ingin menawarkan 11 jawatan peruncit (retail) ketika artikel ini ditulis. Senarai tersebut menunjukkan Apple sedang mencari pekerja untuk jawatan berkenaan di “beberapa lokasi dalam Malaysia”.
Mungkin ini adalah untuk menyembunyikan lokasi yang tepat atau mungkin terdapat lebih daripada satu cawangan Apple Store di Malaysia.
Individu yang menyiarkan imej itu di forum Skyscraper City berkata bahawa Apple Store akan berada di Tun Razak Exchange (TRX), The Exchange Mall.
Untuk rekod, Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai cawangan Apple Store selepas Singapura dan Thailand.
Sehingga kini, kedai yang paling hampir dengan Apple Store di Malaysia ialah Apple Premium Partner Store by Machines yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur. Mereka menawarkan pengalaman yang sama tetapi masih tidak berada di bawah Apple secara langsung.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.